Surah At-Taubah, Ayat 8
Posted on 15/10 10:27
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Surah At-Taubah, Ayat 8
Surah An-Nisaa' ayat 144
Posted on 22/09 10:30
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?" - An-Nisaa' ayat 144
Berangan-angan Kosong Tidak Memberi Keuntungan
Posted on 12/09 11:43
Anas r.a. katanya: "Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda 'ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)".
Riwayat Hadith al-Bukhari
Riwayat Hadith al-Bukhari
Pertahankan Keamanan
Posted on 22/08 17:12
Dari Abdullah bin Aufa r.a, "Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:" Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang." Kemudian baginda berkata:"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:"
Bukhari
Bukhari
Kunci kerukunan ummah
Posted on 05/08 09:42
Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:"Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak." (Bukhari)
Menjauhi bisikan syaitan
Posted on 08/07 21:36
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:"Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:" Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?" Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam."
Hadis Riwayat Muslim
Posted on 16/06 13:32
Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: "Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab:
"(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!". (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Taat kepada pemimpin
Posted on 28/05 15:13
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu (r.a.) berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang taat kepadaku, sungguh dia telah taat kepada Allah. Barangsiapa yang derhaka kepadaku, sungguh dia telah derhaka kepada Allah. Barangsiapa mentaati amir (penguasa), sungguh dia telah taat kepadaku. Dan barangsiapa yang menderhakai (menentang) kepada amir sungguh dia telah derhaka kepadaku." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7137; Muslim, no. 1835; an-Nasa'i, no. 4204, 5525, dari Abu Hurairah r.a.)

Khawarij
Posted on 14/05 15:07
Dan Ummu Salamah berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
'Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa membencinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkarinya (bererti,) dia telah selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya kejahatannya, akan mengikutinya. Para sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka?" Beliau menjawab: "Jangan, selama mereka masih menegakkan solat." (Hadis Riwayat Muslim, 1854)

Taat demi kepentingan tertentu
Posted on 24/04 11:42
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Bersabda Rasulullah SAW: "Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah)." - (Muslim)