Dialog dewasa kritik berasa
PAS IBARAT LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG OLEH DAP DAN PKR
Dah kene cucuk hidung, apa boleh buat...
Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
HUSAM MUSA KEPALA BAPAK KEPADA ERDOGAN DALAM PAS .DIALAH YANG MENJADI DALANG KEPADA GEJALA SOSIAL DI KELANTAN.PERJUANGANNYA MENGHALALKAN ARAK DAN PEMBINAAN LADANG BABI BERSKALA BESAR.ANAK SURUHAN ANWAR IBRAHIM AL-LIWATI.
Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu. Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri.
Lihat sahaja isu babi, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya. Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tetang isu arak ini. Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semua haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan.
Blogger Malaysia, Surind Raj (HINDU) Menghina Islam
Pendapat dangkal sorang penyembah batu/patung mula
Blogger bernama Surind telah posting satu artikel dalam blognya bertajuk "The Hajj: The Most Shameful Journey in History?" (http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html) pada 6 Disember 2008. Menurut Surind, artikel ini diambil daripada Youtube yang dihasilkan oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Biarpun menyedari bahawa artikel dan video dari Youtube tersebut menghina Islam tetapi Surind enggan mengeluarkan artikel itu dari blognya. Mengapa? Sengaja?
Berikut adalah komen Surind "(Please note that this video & words below, is from victimless criminal & do not reflect my views exactly - which does not matter & of which anyone here will ever know about. The Muslim NGO & Blogger ultra fundamentalists have been calling for me to remove this post & have even called for their fellow Hidup Melayu! Fan Club to make police reports. This post will not be removed, as if 'forwarding' something that someone else has said & of whom I do not even know personally, is considered a crime in this country". Jika menyedari ayat-ayat tersebut menghina Islam, mengapa Surind masih berdegil mahu mengekalkan artikel tersebut?
Berikut adalah antara kenyataan yang menghina dalam blog Surind "Allah does not exist. Mohammed was just a normal man - now dead for over 1300 years. There is no spiritual realm. Every single Muslim who makes this journey is diverting money and energy away from making this world a better place". Persoalannya, mengapa artikel ini ditulis ketika umat Islam mahu menyambut Aidiladha?
What about elephant headed/blue skinned entity? I've never seen one...only a monster/devil has that kind of form, right?
Pada 30 Disember 2006, Saddam Hussein (bekas Presiden Iraq) digantung ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban. Kini ketika umat Islam Malaysia menyambut Aidiladha, seorang blogger dari Malaysia bernama Surind pula membuat posting yang secara jelas menghina Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan ibadah Haji. Selagi posting tersebut ada dalam blognya, sesuatu tindakan tegas perlu diambil terhadap Surind. Tindakan kurang ajar sebegini tidak boleh dibiarkan. Ini bukan tanda keterbukaan dan kebebasan, ini lambang kurang ajar. Jangan hairan, kalau ada juga orang Melayu mahu membela Surind selepas ini.
AZRINIZAM IBRAHIM
Anwar menjadikan Islam sebagai asas perjuangan...atau mengeksploitasi Islam sebagai kaedah mencapai cita-cita politik peribadinya?
Anwar Ibrahim- Mr. Jekyll and Hyde???
Anwar Ibrahim, terkenal pada tahun 70-an sebagai pejuang Islam dalam ABIM. Itu titik tolak, Anwar dikenali. Bermula dengan buku usrah, Hassan Al Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Abu Ala Al Madudi, (tahun 70-an), kemudian beralih kepada buku - buku usrah baru, Ismail Al Faruqi dan Sayyed Hussein Nasr (tahun 80 -an) dan mutakhir ini beralih kepada buku - buku orientalis, John Esposito, John Voll dan Samuel P. Huntington.
Setiap kali peralihan buku usrah yang ditelaah Anwar itu menunjukkan proses peralihan tahap-tahap perjuangan Islamnya. Menurut klasifikasi yang dicaturkan oleh John Esposito, Anwar beralih dari perjuangan Islam Fundamentalis, beralih ke Islam Moderat. Kalau disemak lagi, akhirnya Anwar terperangkap dengan jaringan ilmu para orientalis dan ahli falsafah Barat yang berusaha memprogramkan Islam mengikut versi mereka. Islam Progersif ? Islam Liberal ? Itulah petak-petak jaringan yang disediakan oleh para orientalis Barat.
Sudah tentu buku usrah Syed Qutb, bertentangan dengan buku usrah Ismail Al-Faruqi, apatah lagi buku usrah John Esposito pula mengklasifikasi Syed Qutb adalah 'Muslim Teroris', manakala Anwar adalah 'Muslim Moderat'.
Muslim Moderat projek Barat
Bermakna jasa orientalis seperti John Esposito dan John Voll, yang dianggap oleh Anwar sebagai 'pembela Islam' (?) adalah berjaya memecahbelahkan aktivis Islam kepada tiga kelompok besar iaitu "Muslim Fundamentalis" (golongan yang berpegang teguh prinsip asas Islam), "Muslim Demokrat"(golongan sederhana) dan "Muslim Teroris" (golongan radikal).
Dua tokoh Islam Anwar dan Gus Dur dari Asia yang dilabel John Esposito sebagai Muslim Moderat. Kedua tokoh ini juga merupakan kawan baik zionis Amerika, Paul Wolfowitz. Wolfowitz kata kedua-dua tokoh ini sangat penting dalam 'mempertajamkan' Islam kepada si arkitek perang Iraq itu.
Itulah label-label terhadap Islam yang berjaya diklasifikasikan oleh guru Anwar, John Esposito. Disebarkannya pengklasan itu kepada Barat melalui tulisan-tulisan di bukunya berjodol "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) dan "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002). Di dalam buku-buku itu, John Esposito terlalu mengagungkan Anwar dan Gus Dur sehingga ditulis beberapa bab khusus mengenai mereka berdua. Dan kedua-duanya John klaskan sebagai Muslim Demokrat. Klik di sini
Bermakna dari semua ulama dan cendikiawan Islam di Malaysia dan Indonesia, hanya Anwar dan Gus Dur yang diminati oleh John Esposito untuk dipopularkan dalam dunia Islam. Semacam konspirasi sistematik, seolah-olah terdapat usaha untuk memperkecilkan ilmu yang dimiliki oleh Dr Haron Din, Ustaz Hadi Awang, Ustaz Nik Abd Aziz mewakili Malaysia. KH Zainuddin MZ, Habib Rizieq Shihab, K.H. Ahmad Dahlan, Buya HAMKA mewakili Indonesia. Malah Abu Bakar Bashir, seorang lagi ulama terkenal Indonesia, Amerika klasifikasi sebagai teroris.
Apakah ini bermakna John Esposito mengangkat darjat ketinggian ilmu Islam Anwar dan Gus Dur lebih tinggi daripada tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas ?
Sudah tentu dengan perlabelan ini orientalis Barat berjaya menunjukkan masyarakat Islam berpecah belah dan Barat hanya mengagungkan tokoh-tokoh Islam yang disukainya.
Persoalannya sejak bila orientalis Barat, Amerika dan Yahudi suka kepada Islam ? Dan jika mereka terlalu cenderung membela tokoh-tokoh Islam tertentu, apakah motif tersiratnya ?
Menurut Adian Husaini, pengkaji tersohor Islam Liberal di Indonesia, menegaskan umat Islam jangan mudah terpedaya denga terma "Muslim Moderat" kerana gelaran itu diprogramkan oleh Amerika dan sekutunya.
Kena hati-hati dengan gelaran ini kerana menurut penulis itu salah satu takrif "Muslim Moderat" adalah klon Islam Amerika yang diprogramkan untuk berlawan dengan "Muslim Teroris". Maknanya Amerika dan sekutunya bukannya bodoh menghabiskan jutaan dolar semata-semata melahirkan klon yang merugikan mereka. Sudah tentu klon-klon yang bakal dilahirkan di Amerika akan bekerja untuk mencapai misi negara polis dunia itu.
Sebab itu, tidak menghairankan Anwar yang selalu dipuja Amerika sebagai Muslim Moderat telah menarik picu senapangnya menghala tembakannya kepada Osama ben Laden, dalam Majalah Time, 8 Oktober 2001, kerana buku usrah John Esposito bariskan Osama sebagai teroris yang paling dikehendaki Amerika. Klik di sini
Kesimpulannya jika di kalangan kita fikirkan Anwar masih lagi menadah kitab buku-buku usrah dari Pakistan (Abu Ala Al Maududi) atau Timur Tengah (Hassan Al Banna/ Syed Qutb), anggapan itu tersasar jauh kerana buku-buku telah dibuang sejak tahun 80-an lagi. Sekarang Anwar sudah menadah kitab baru, dari bapa orientalis hingga buku-buku bapa falsafah kebebasan Barat termasuk John Locke.
Anwar pernah diramal bakal Presiden PAS ?
Subky Latif, bekas wartawan Utusan (Sekarang aktivis PAS Wilayah Persekutuan) pernah meramalkan 'Anwar bakal menjadi Presiden PAS' dalam bukunya "Siapa Ganti Asri", Penerbitan PENA (Kuala Lumpur), 1977. Tetapi ramalan penulis itu tidak menjadi kenyataan hingga sekarang, sama seperti ramalan mengatakan Anwar akan menjadi PM pada "16 September" lalu, tetapi ramalan itu juga meleset.
Ramalan Subky pada 1977 itu berasaskan kepada pengamatannya yang Anwar amat komited dengan perjuangan "Islam is the way of life" dalam ABIM dan penulis meramalkan Anwar sepatutnya mengantikan Presiden PAS, Asri Muda yang dianggap 'nasionlis Islam'. Tetapi pada tahun 1982, Anwar buat kejutan kepada pendokong gerakan Islam, bahawa beliau bukan menyertai PAS, sebaliknya menyertai UMNO yang pernah dipijak benderanya sebelum ini.
Misteri missionari Islam Anwar dalam UMNO ?
Setelah 16 tahun bersama UMNO, Anwar berjaya mendaki hireki jawatan dalam kerajaan dengan cepat, dari 1982-1983 dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Menteri Belia dan Sukan (1983 - 1985); Menteri Pertanian (1985 - 1986); Menteri Pendidikan (1986 - 1990); Menteri Kewangan (1990 - 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 – 1998).
Sepatutnya Anwar telah jadi PM pada 1998, sepuluh tahun yang lampau dan bukannya pada 16 September 2008. Tetapi takdir Allah, mengatasi perancangan manusia. Tepat pada 2 September 1998, Anwar dilucutkan keahlian UMNO, sekaligus gugurlah jawatan TPM dan Menteri Kewangan yang disandangnya, juga berkecai cita-citanya menjadi PM.
Walaupun pada tahun 1998, Anwar dikatakan tokoh yang paling berpengaruh, jentera dan instrumennya amat hebat termasuk IKD, ABIM, BTN, media dan team wawasan UMNO untuk melayakkannya menjadi PM, namun perancangan manusia sahaja tidak cukup untuk mengatasi ketentuan Ilahi.
Setalah dipecat UMNO, Anwar mendakwa dirinya ditendang keluar kerana projeknya mahu mengislamkan UMNO dari dalam telah dapat dihidu. Itu versi Anwar dan penyokong-penyokongnya memberitahu kepada khalayak Melayu - Islam sebagai justifikasi kenapa Anwar dipecat UMNO. Tetapi benarkah begitu ?
Apa pula justifikasi, Anwar yang pernah dijolok, 'bakal Presiden PAS', pada tahun 1977, tetapi menyertai UMNO pada tahun 1982 ? Anwar dan penyokong - penyokongnya juga dakwa kemasukannya ke dalam UMNO untuk mengislamisasikan UMNO dari dalam. Tetapi benarkah begitu ?
Semasa dalam UMNO, siapakah inner circle Anwar ? (orang paling rapat yang mampu buat keputusan). Azmin Ali sebagai Setiausaha Sulit. Ezam Mohd Nor sebagai Setiausaha Politik dan yang menjadi 'otak Anwar' adalah Setiausaha Akhbarnya, Khalid Jaafar. Bagaimana aliran kefahaman mereka tentang Islam ? Kenapa tidak dilantik mana-mana tokoh bekas Presiden ABIM yang terkenal faham Islam menduduki jawatan terpenting sebagai inner circle Anwar ?
Titik tolak dari kemasukan ke dalam UMNO dan dipecat dari UMNO adalah justifikasi yang sama iaitu untuk "proses Islamisasi dari dalam".
Persoalannya Islam jenis apa ?. Kalau UMNO yang didakwa tidak cukup Islam, tetapi beliau pula tidak menyertai PAS dan adakah ini bermaksud PAS juga tidak cukup Islam ?
Pada tahun 1999, beliau melalui isterinya Wan Azizah menubuhkan parti baru yang diberi nama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang kemudiannya bergabung pula dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2004.
Adakah PKR adalah 'Model Islam yang syumul', ilusi Anwar sebagaimana pernah didakwa UMNO dan PAS tidak cukup Islam ?
Antara kuasa dan Islam
Sekarang kita teliti apakah faktor sebenar kenapa Anwar tidak menyertai PAS pada tahun 1982 ?. Apakah rahsianya.
Menurut Ahmad Lutfi Othman, seorang pengkaji pemikiran Anwar, sejak tahun 1990 menulis begini;
“Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam Umno dengan begitu licin. Anwar sertai Umno ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang boleh mempersoalkan ‘ijtihadnya’. Anwar sengaja mengarahkan Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jamaah Islam yang perlu didukung tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk Umno ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, “hujahnya.
"Kalau Anwar yakin dengan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam atau parti politik Islam, mengapa dia sendiri tidak menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil? PAS amat memerlukan tokoh sepertinya ketika itu, ketika PAS kalah teruk di Kelantan. Dan Anwar sendiri yang mengarahkan kemasukan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS. Ini tentu ada muslihatnya. Anwar memang merancang secara halus supaya bila tiba waktunya, ketika dia berhasrat menyertai Umno, ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang hebat yang berwibawa untuk menahannya"
“Cuba saudara bayangkan imej Anwar menyertai Umno dalam keadaan ABIM hebat menentangnya? Tetapi apa yang berlaku meskipun ABIM tidak merestuinya, ABIM seolah-olah tidak menghalangnya. Saya masih ingat, dalam ucapan dasar Presiden ABIM, Siddiq Fadil yang pertama selepas kemasukan Anwar ke dalam Umno, perkara itu tidak disentuh secara langsung. Itu satu kejayaan besar buat Anwar. “Begitu bersemangat beliau cuba meyakinkan saya"
“Cuba bayangkan,” tambahnya, “semasa Anwar bersama-sama pemimpin PAS mengatur strategi Pilihanraya Umum 1982, dia telah pun bersedia menyertai Umno secara aktif. Maksud saya, sebenarnya Anwar sendiri mengakuinya. Beliau cuma mengumumkan secara rasmi bahawa dia aktif berjuang melalui Umno pada Mac 1982. Maknanya apa ini? Bukankah seperti ular berkepala dua.”
Walaupun Ahmad Lutfi Othman menggunakan kaedah perbualan, tidak dapat dipastikan, rakan yang menyapanya itu benar-benar wujud atau penulis itu bermonolog dengan diri sendiri. Apatah lagi penulis tidak menyebut secara jelas, siapakah kawannya itu. Wujud atau tidak bukanlah suatu perkara penting, tetapi kesanggupan penulis memfokus sudut perbualan, menunjukkan karya itu hasil pemikiran penulis itu sendiri.
Apatah lagi, jika penulis itu mencatatkan semula dalam salah jodol bertajuk " Darah Anwar dalam PAS" daripada buku karyanya, "Memo Buat Bakal PM", diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda pada tahun 1993.
Berdasarkan kesimpulan penulis di atas, kemasukan ke dalam UMNO dirancang oleh Anwar sendiri dan bukan didorong oleh 'proses Islamisasi dalaman'. Anwar sendiri mengarahkan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ketika itu berada dalam ABIM masuk ke dalam PAS, bukan semata-mata untuk membantu PAS, sebaliknya untuk memastikan tiada lagi tokoh berkaliber dalam ABIM yang mempersoalkan tindakannya menyertai UMNO.
Setelah semua tokoh-tokoh ABIM yang pro PAS masuk ke dalam PAS, adakah yang tinggal semuanya akan jadi kebanyakannya pro Anwar ?
Ahmad Lutfi juga memberi contoh Dr Siddiq Fazil yang tidak mengulas apa-apa semasa muktamar ABIM sebaik sahaja Anwar sertai UMNO. Bagaimana pula dengan Kamaruddin Jaafar, Anuar Tahir dan Kamaruddin Mohd Nor, bukankah mereka juga menjadi pengikut Anwar pro UMNO ?
Bukankah kerana Anwar merosakkan ABIM daripada NGO non-partisan, menjadi NGO partisan ini menyebabkan ABIM berpecah belah kepada kumpulan serpihan termasuk ABIM Perlis dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ?
Bermakna kemasukan Anwar ke dalam UMNO bukan bermotifkan persoalan Islam tetapi bertitik tolak persoalan mahu kuasa dan mahu jadi PM. Ini dinukilkan oleh Ahmad Lutfi dengan kata-kata, "dia (Anwar) mahu menjayakan cita-cita besarnya (PM ?) untuk (dengan ?) masuk Umno".
Jadi adakah adakah ini bermaksud, Ahmad Lutfi bersetuju, Anwar tidak masuk PAS pada tahun 82, kerana Anwar tidak percaya PAS mampu merealisasikan cita - cita Anwar jadi PM ?
Kalau begitu kesimpulannya, kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan ketidakmasukan Anwar ke dalam PAS bukan bertitiktolak persoalan ISLAM, sebaliknya bermotifkan mahukan KUASA dan mahu merealisasikan cita-cita jadi PM.
Adakah ini bermaksud 'agenda Islam' hanya dijadikan senjata untuk menarik sokongan Melayu - Islam sama ada berjaya atau tidak matlamat yang pertama itu (kuasa) ?
Islamisasi dalam UMNO ?
Anwar selalu dakwa beliaulah yang membentuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Bank Islam sebagai contoh projek Islamisasi, tetapi benarkah dakwaannya itu ?
Bukankah semua itu dilakukan dengan restu kerajaan yang memerintah yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir dan kalau benar sekalipun, Anwar hanyalah pelaksana dengan ihsan Tun Dr Mahathir untuk melonjakkan saham Anwar sebagai pemimpin pelapis.
Bermakna idea asas bermula dari Tun sebagai PM dan bukannya Anwar.
Kalau benar, Anwar berpegang kepada program Islamisasi, apakah Anwar lakukan di Selangor ketika PKR memerintah negeri itu ? Adakah Selangor hari ini boleh dijadi "Model Islam Contoh" berbanding dengan negeri-negeri lain ?
Tetapi di Selangor yang diperintah PKR hari ini, berlaku sebaliknya, di mana gerakan membina rumah ibadat bukan Islam lebih pesat berlaku di bawah dua exconya Dr Xavier Jayakumar dan Elizebert Wong. Klik di sini
Dr Xavier yang dianggap sebagai ketua rumah ibadat bukan Islam akan usulkan untuk menghapuskan syarat had keluasan (930 sq m) rumah ibadat bukan Islam seperti yang termaktub dalam undang-undang PBT yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Selain beliau desak cadangan penambahan peruntukan dan kerana jumlah rumah ibadat bukan Islam sebelum ini (RM3mil) tidak mencukupi.
Malah Teresa Kok,Ronnie Liu dua exco DAP pula lebih lantang mempertikaikan soal tulisan Jawi dan Azan tetapi akan tersenyum lebar Apabila Menteri Besar Selangor hadiahkan 100 juta untuk projek kandang Babi.
Malah Khalid Ibrahim, MB Selangor sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa khas rumah ibadat bukan Islam yang diketuainya dan dibantu oleh tiga exco tiga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin), Teresa Kok (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan) dan Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan).
Mungkin kalau ditanya kepada Anwar, beliau akan kata, "saya tidak masuk campur urusan adik saya (Rusli Ibrahim) dilantik penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)". Timbulnya soal kronisme Anwar kerana dibangkitkan sendiri oleh bekas anak buahnya, Ezam Mohd Nor.
Adakah kes KDEB ini merupakan cerminan contoh kecil apa yang Anwar lakukan semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu ?
Gambaran kronisme Anwar dalam UMNO pernah dinukilkan Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya, "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", 1998 dengan memetik kata-kata Mohamad Sabu :
"Ya, ini kerana Anwar masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat..Kita boleh bertanya, misalnya adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segera kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan? "
"Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ? Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar naik begitu mendadak. Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3."
IKD - badan pemikir Islam Anwar ?
Anwar tidak boleh mendakwa UIA dan Bank Islam adalah hak miliknya, kerana tiada sebarang dokumen yang sah boleh membantu perkukuhkan hujahnya. Tetapi, Anwar tidak pernah dakwa Institut Kajian Dasar (IKD) adalah hak miliknya, walaupun mempunyai dokumen lengkap yang mengesahkan Anwar adalah pengasas dan ahli Lembaga Pemegang Amanah seumur hidup badan pemikirnya itu.
Semua tokoh - tokoh ABIM yang hebat - hebat dilonggokkan di IKD. Bermula dari Dr Siddiq Fadhil (Bekas Presiden ABIM) sebagai ketua panel perunding IKD; Kamaruddin Jaafar (Bekas Setiausaha Agung ABIM)sebagai Pengerusi IKD, hinggalah kepada Dr Mohamad Nur Manuty (bekas Presiden ABIM), Mustaffa Kamil Ayub (Bekas Presiden PKPIM), Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung ABIM) turut dilantik sebagai tenaga penggerak IKD.
Kalau dihitung dari segi tokoh -tokoh hebat ABIM ini yang bertenggek di IKD itu, sepatutnya IKD boleh diiktiraf sebagai badan pemikir Islam Anwar.
Tetapi kenapakah selepas dua tahun penubuhan IKD, pada tahun 1984, Anwar turut mengundang sponsor luar negara, sebuah yayasan Kristian dari Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF) ?
Apa agenda Anwar menjemput KAF menjadi penaja utama IKD, tidak cukupkah dana yang diagihkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menjalankan operasi IKD ?
Apatah lagi yayasan Kristian Jerman itu, merupakan sekutu Amerika yang turut disuntik kewangan oleh American Jewish Committee (AJC).
Ketika Anwar mengundang penajaan KAF, tokoh - tokoh hebat ABIM tidak membantah, sebaliknya sebulat suara bersetuju dengan 'kesukarelaan', yayasan Kristian Jerman itu.
Kata Peter Schier, wakil KAF Malaysia, "rakan kongsi penting kami adalah IKD, (Institut Kajian Dasar). Ini adalah kumpulan pemikir untuk Anwar Ibrahim.... Tetapi, apabila dia disumbatkan ke dalam penjara, kami tidak berhajat untuk memutuskan hubungan dengan IKD..
Berdasarkan kata-kata Peter Schier ini (wawancara The Sun 2006), jelas KAF masih meneruskan tajaan meskipun Anwar sudah dipecat daripada UMNO.
Persoalannya kenapa ? Kenapa KAF masih berminat meneruskan penajaan meskipun Anwar telah dipenjarakan?
Dari penjara Sungai Buloh, Anwar mengutuskan perutusan agar IKD diterajui oleh 'otaknya' iaitu bekas Setiausaha Akhbar, Khalid Jaafar. Kata sesetengah pihak, nak kenal pemikiran Anwar, kenallah 'otak' Khalid Jaafar. Otak Khalid Jaafar adalah otak Anwar!
Kata Peter Schier lagi, "Sekarang, sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku - buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan "Islam & Dasar Pemerintahan") oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama"
Persoalannya adakah tumpuan Islam Tanwiri (Islam ke arah pluralisme) ini hanya dimulakan sejak Khalid Jaafar menerajui IKD ?
Sebenarnya tidak. Konsep Islam Tanwiri (versi pluralisme) telah dimulakan seawal IKD ditubuhkan, namun ketika itu pemikir-pemikir ABIM di dalam menggunakan istilah "Masyarakat Madani".
Menariknya, istilah "Masyarakat Madani" yang dicanang oleh Anwar dan IKD juga adalah istilah popular yang sering digunakan oleh Nurcholish Madjid di Indonesia dalam menjustifikasikan Islam Liberalnya.
Apakah pemikiran Anwar sama dengan pemikiran Nurcholish Madjid ?
Apa yang Dr Siddiq Fadzil dan Kamaruddin Jaafar, bekas orang kuat ABIM suntik pendekatan Islam semasa menerajui IKD ?
Benar IKD telah mengkaji pemikiran Ismail Al Faruqi dan Muhamad Iqbal, tetapi dalam masa yang sama, IKD juga aktif mengkaji pemikiran Jose Rizal (Kristian) dan Rabindranath Tagore(Hindu).
Bekas Presiden Filipina Fidel V Ramos bersama Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada Disember 1994 dalam program anjuran IKD. IKD merupakan badan pemikir Anwar, bukan setakat menkaji pemikiran Ismail Al Faruqi dan Iqbal, tetapi juga mengkaji pemikiran tokoh Kristian, Jose Rizal (tengah-tengah foto itu adalah patung Jose Rizal)
Malah bukan setakat itu sahaja, Anwar dan IKD turut membuat hipotesis baru (fatwa?) bahawa inti ajaran Islam hampir sama dengan pengajaran Confucianism seperti yang diusahakan penerbitan oleh Anwar dalam bukunya "Islam and Confucianism". Apa maksud itu ? Bukankah maksud pluralisme mahu menyamaratakan Islam dengan semua agama lain ?
Malah kalau diukur dari neraca klasifikasi John Esposito di mana kedudukan Ismail Al Faruqi dan Iqbal yang menjadi model kajian Islam IKD ? Muslim Moderat ?
Kenapa Anwar dan IKD tidak kaji pemikiran Abu Ala Al Maududi, Hassan Al Banna, Syed Qutb ? Apa klasifikasi John Esposito terhadap mereka ? Muslim Fundamentalis ?
Kenapa IKD tidak kaji pemikiran Osama ben Laden, Ayatollah Khomeini (Iran) atau Sheikh Ahmad Yassin (Hamas) ? Apa klasifikasi John Esposito ? Muslim Teroris ?
Dan yang paling menghairankan kalau benar-benar Anwar dan pemikir ABIM mahu mengkaji Islam di IKD, kenapa perlu guna dana yang diragui sumbernya, sebuah yayasan Kristian dari Jerman?
Takkanlah nak mengkaji Islam pun kena guna duit dari Yayasan Kristian dan Yahudi ?
AIDC
4 November 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com
Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya
JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.
Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.
Anwar kaki Kapooor
Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.
Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.
''Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.
Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.
Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.
''Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)...'' katanya kepada imam yang ada di situ.
Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.
Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?
Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar''.
Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.
Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.
Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.
''Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.
Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.
Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.
Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.
Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.
Lian Hoe tidak pernah lulus subjek Sejarah?
Sesuai untuk nyonya sekor ni...
(Gambar: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 & 5. Rasanya buku ini perlu dibaca buat mereka yang lupa tentang sejarah Malaysia. Atau sengaja buat buat lupa?)
Pada 10 Oktober 2008, Tan Lian Hoe (Ketua Wanita Gerakan) telah menyatakan dalam Persidangan Tahunan Parti Gerakan bahawa ''orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.'' Tan Lian Hoe juga dengan nada sinis menyatakan selama ini parti Gerakan berada bawah telunjuk UMNO. Gerakan kononnya tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.
Adakah Lian Hoe sedar bahawa kemenangannya di Parlimen Gerik adalah hasil sokongan pengundi Melayu dari UMNO?. Jika tidak, mungkin Lian Hoe tidak akan jadi Timbalan Menteri Penerangan. Atas semangat BN juga, Gerakan telah dilantik menjadi Ketua Menteri di Penang dahulu sebelum DAP memerintah. Jika Gerakan berada di luar BN, belum tentu Gerakan akan dilayan seperti itu dalam Pakatan Rakyat.
Ada sebahagian warganegara Malaysia yang masih belum dapat menerima kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' yang bermaksud wilayah dan kepulauan jelas menunjukkan bahawa tanah ini adalah milik orang Melayu. Dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Jelasnya orang Melayu bukan pendatang seperti mana yang disebut oleh Tan Lian Hoe.
Bukti sejarah yang tidak pernah memihak kepada orang Melayu
(Gambar: Hanya beberapa orang Melayu dilantik dalam pemerintahan kolonial). Penjajahan Inggeris menyebabkan orang Melayu tidak lagi berkuasa memerintah negerinya sendiri selama 83 tahun. Dalam tempoh tersebut suara Melayu dalam kerajaan kolonial hampir tidak kedengaran. Keanggotaan orang Melayu dalam Majlis Pentadbiran kolonial telah diperkecilkan. Bila orang Melayu kembali berkuasa, ada juga orang Melayu yang tawar kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada orang lain pula.
Istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk tanah ini adalah milik Melayu, “Land of the Malays”. Daripada segi istilah-istilah tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun British mahu sejarah itu diubah. Kewarganegaraan perlu diberi juga kepada mereka yang datang untuk berkerja di Tanah Melayu.
Melalui proses akomodasi yang diadakan sesama pemimpin atas dasar persetujuan sosial, maka lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Tidak siapa pun menggesa Jus Soli agar ditarik balik. Ini bukti bahawa penduduk asal di tanah ini masih ramai lagi yang mahu bertoleransi. Namun begitu, mengapa masih ada yang berdegil mahu yang lebih daripada persetujuan yang sedia ada. Siapa yang mula hasut mereka minta yang melebih lebih ini?
Pada tahun 1931, seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, atau mewakili 33.9% populasi penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000 orang atau 38.4% bilangan penduduk. Sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan imigran pada tahun 1946 telah melebihi bilangan penduduk asal di Tanah Melayu. Tan Lian Hoe selaku pemimpin dalam Gerakan harus mendalami sejarah sebelum mengeluarkan kenyataan yang jelas mengelirukan dan menyakitkan hati orang orang Melayu. Jangan lupa, orang Melayu di Grik pun sakit hati mendengar kenyataan Tan Lian Hoe.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Hormati Kontrak Sosial
Kontrak sosial asas keutuhan negara
Piagam Madinah adalah antara kontrak sosial yang terawal diadakan untuk menyatu padukan suku suku bangsa yang berlainan dalam satu pentadbiran. Mengandugi 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam. Manakala 24 fasal membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam, termasuklah Yahudi.
Untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil, selepas adanya perjanjian, langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam merangkap tempat pentadbiran Rasulullah. Kedua, Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Langkah ketiga ialah dengan, Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Pada zaman Rasulullah SAW, siapa yang mengingkari Piagam Madinah akan menerima hukum yang sepatutnya. Inilah bezanya antara harbi dan zimmi. Hari ini, ramai yang mula mempersoalkan kontrak sosial ini kembali. Apakah sebenarnya kontrak sosial itu? Ia selalu diertikan sebagai perjanjian di antara kaum yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebenarnya sosial kontrak ini merangkumi dimensi yang lebih luas. Perlembagaan Malaysia sendiri adalah manifestasi beberapa kontrak yang termaktub di dalamnya.
(Gambar: Antara kontrak sosial yang dipersetujui bersama). Pertama, kontrak di antara Raja-Raja Melayu dengan pihak British. Kedua, kontrak di antara Raja-Raja Melayu dengan rakyat, khususnya orang Melayu. Ketiga, kontrak di antara kerajaan-kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan (melahirkan bentuk federal). Keempat ialah kontrak di antara kaum lain dengan rakyat pribumi (Kerakyatan, hak keistimewaan Melayu dan pribumi). Yang kelima ialah berkenaan dengan kontrak di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura (peruntukan-peruntukan khas bagi Sabah dan Sarawak). Jika diteliti satu persatu kontrak sosial ini, ianya menguntungkan kedua-dua pihak yang bersetuju dengan terma kontrak tersebut. Kaum minoriti juga mendapat hak yang sewajarnya.
Keluhuran perlembagaan telah menjamin ‘Social Contract’ yang tersemat di dalamnya sebagai ‘the essence of Malaysian nationhood’. Namun kebelakangan ini, ramai yang seolah-olah ingin melampaui dan mengingkari perjanjian yang telah dipersetujui bersama ini. Mengapa kontrak sosial ini dipertikaikan dan untuk tujuan apa ianya cuba dipersoalkan?. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan yang telah dipersetujui tersebut. Kalau hormat perlembagaan dan mengakui diri sebagai warganegara Malaysia, mengapa susah sangat hendak hormat perlembagaan negara sendiri?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Politik baru YB J
Pengkhianat Bangsa!
Oleh Dato' Chamil Wariya
PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.
Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya.
Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM).
“Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J.
Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya.”
Malah YB J berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.
Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima perjuangan Malaysia Barunya.
Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.
“Kamu fikir saya anti-Islam, anti-Melayu?”
Pertanyaan
Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya. Tugasnya adalah untuk mempastikan YB J selamat ke majlis yang ingin dihadirinya. Dan tiba tepat pada waktunya. Majlis itu penting kerana YB J akan mengadakan dialog dengan generasi muda seketurunan dengannya yang belajar di luar negara tetapi kebetulan berada di tanah air kerana bercuti. Ahmad sendiri tidak pasti sama ada pelajar yang pernah mempersendakan lagu Negara Ku sewaktu menuntut di sebuah universiti di Seberang Laut turut berada dalam kelompok itu. Kalau pun ada, pemandu YB J tidak ambil pusing. Budak itu memang kurang ajar. Ada ke patut Malaysia dianggap sebagai Negara Kuku (ejaan Inggerisnya cuckoo) yang bermaksud gila. Dan kreativiti digunakan untuk menghalalkan perbuatan biadapnya itu. Cuma Ahmad berfikir kalau semua orang dibiarkan menghina lagu Kebangsaan dengan lirik yang memperlekehkan kehidupan orang Islam, dan atas nama kreativiti, maka kesannya terhadap perhubungan kaum adalah negatif.
Ahmad tidak tahu apakah yang sebenarnya mengganggu bosnya itu sejak dari tadi lagi. Dia jarang begitu. Ahmad dapat mengesan YB J lain macam sahaja pagi itu. Dia dapat membaca keresahan dan kegelisahan YB J. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena walaupun apa yang sebenarnya berkocak di dalam diri YB J dia tidak pasti. Sepanjang ingatan Ahmad, YB J juga tidak pernah berbual dengannya tentang politik, apa lagi tentang isu-isu semasa - kecuali memberi arahan yang ada kaitan dengan perjalanan atau jadual kerja. YB J juga tidak bertanya sama ada dia mengundi pom atau parti apa pada pilihan raya yang lalu.
Lazimnya, sepanjang perjalanan, baik ke pejabat atau majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang lain, YB J akan menghabiskan masa membaca akhbar atau membelek-belek fail. Tetapi pagi itu YB J lain macam sahaja. Dia kelihatan resah. Gelisah. Fikirannya juga seolah-olah tidak menentu. Apa yang dibuat serba tak kena. Sekejap dia membelek ucapan utama yang akan disampaikan sebentar lagi menghuraikan gagasan Politik Baru Malaysia Baru yang dipeloporinya. Sekejap dia membelek akhbar-akhbar yang memang menemani YB J ke mana juga dia pergi.
Ahmad cuba mencongak mungkin keresahan YB J ada kaitan dengan suhu politik negara sedang panas ketika itu. Bahangnya terasa di mana-mana. POM sendiri sedang menghadapi pergolakan yang hebat berkait dengan kepimpinannya. Pertarungan kepentingan puak-puak di dalam parti sedang mengambil tempatnya. Kalaulah tidak kerana kedudukan politik kerajaan agak lemah selepas kehilangan majoriti dua pertiga, sudah lama Operasi Lalang, seperti yang pernah dibuat pada 1987, dilaksanakan, agaknya. Mungkin juga tidak kerana di bawah kepimpinan sekarang, kerajaan mengambil sikap yang lebih liberal terhadap para pengkritiknya.
Ahmad juga terfikir mungkin perasaan YB J terganggu dengan tindakan kalangan yang tidak diketahui siapa mereka melempar bom petrol ke rumah keluarga ahli Parlimen Sepohon Beringin, Su Lan. Barangkali, fikir Ahmad, YB J, bimbang kejadian yang sama boleh menimpa diri atau keluarganya.
Mana tahu selepas keluarga Su Lan, bosnya YB J pula yang menjadi mangsa. Dan yang dilempar itu bom betul-betul. Meletup pula. Tidakkah nahas YB J. Sekonyong-konyong Ahmad terbayang kejadian letupan bom berani mati yang berlaku di Damsyik, Syria yang ditonton menerusi Buletin Utama di TV3 beberapa hari lalu. Kalau kejadian yang sudah menghiasi kehidupan harian di Iraq, Israel, Tebing Barat, Gaza atau Afghanistan itu menular di negara ini, alangkah malangnya bumi bertuah ini. Minta disimpang malaikat 44, Ahmad berkata sendirian di dalam hatinya.
Tetapi fikir Ahmad, amaran kalau tidak diendahkan berbahaya. Dia teringat apa yang diceritakan berlaku pada 13 Mei 1969. Bapanya menceritakan dalam tragedi selepas pilihan raya umum pada 10 Mei itu, orang Cina dan Melayu berbunuh-bunuhan. Perjuangan yang mahu menafikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat diterima oleh mereka. Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.
“Mat, saya ni anti-Melayu dan anti-Islam ke?,” YB J secara mendadak mengulang semula pertanyaannya apabila tiada jawapan daripada pemandunya.
Ahmad, yang sejak tadi membisu seribu bahasa selamba menjawab: “Mungkin tidak YB.” Dia memberi jawapan berlapik. Maksudnya: Mungkin tidak, mungkin ya bergantung pada mata yang menilai.
“Apa maksud kamu mungkin tidak.”
" Ini soal persepsi YB. Persepsinya begitulah. Hakikatnya YB tidak membenci Melayu tidak juga membenci Islam. YB sekadar memperjuangkan kepentingan kaum YB. Tidak salah YB berbuat demikian. Kalau YB tidak memperjuangkan kepentingan kaum YB sendiri, siapa lagi. Tetapi cara YB itu barangkali disalahertikannya.”
“Maksud kamu?" Tanya YB J yang masih belum jelas lagi.
Bergantung
“Yalah, ia bergantung pada mata yang memandang. Bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi di kalangan bukan Melayu. YB kena ingat di kalangan bukan Melayu pun bukan semuanya menerima politik baru Malaysia baru YB. Kalau tidak masakan parti satu kaum seperti Parti Orang Cina (POC) masih boleh bertahan.”
“Apa maksud kamu. Saya tidak begitu jelas?"
“Yalah bagi YB perjuangan YB adalah pelbagai kaum. Tetapi dalam tindak tanduk, perjuangan pelbagai kaum YB itu tidak tertonjol. YB mahu menghapuskan tulisan jawi dan ganti dengan tulisan Cina . Bagi mereka itu bukan perjuangan pelbagai kaum. Ia perjuangan satu kaum. Kalau benar pelbagai kaum, YB patut mempertahankan tulisan jawi.” Ahmad memberanikan diri untuk memberikan pandangannya.
Mengesan bosnya ingin mendengar pandangannya lagi, Ahmad berkata: “Patutnya kalau YB benar-benar ingin menjadi pejuang pelbagai kaum, kepentingan orang Melayu jangan diketepikan sewaktu mengetengahkan kepentingan kaum Cina. YB perjuangkan kepentingan kedua-duanya sekali. Penerimaannya saya pasti berbeza. YB akan dilihat sebagai mahu menjaga kepentingan kaum YB, tetapi pada waktu yang sama tidak menafikan hak orang Melayu.”
Itu perjuangan POM dan POC, dengus YB J di dalam hatinya. Bosan aku dengan Si Ahmad ini, dia berkata sendirian. Aku penganjur politik baru dan tidak mahu terikat dengan kerangka politik lama, katanya lagi kepada dirinya.
Perbualan YB J dengan pemandunya habis di situ sahaja. Dia tidak mahu lagi mendengar pandangan karut pemandunya. Dia mahu terus melayan perasaan: Aku percaya pada Politik Baru Malaysia Baru, tegas YB J pada dirinya. Setiap warganegara, tanpa mengira apa keturunan mereka patut diberi hak yang sama mengikut undang-undang. Tidak ada bangsa yang patut diberi layanan istimewa. Tidak ada warga yang patut diberi darjat atau kelas kedua. Kita semua orang Malaysia.
YB J enggan melayan Ahmad lagi. Sebaliknya, dia membelek akhbar Utusan Malaysia yang secara rasmi diboikot oleh partinya. Perhatiannya tertumpu pada artikel berjudul Jangan Padam Rekod Negara yang ditulis oleh seorang generasi muda Cina yang menolak tesis politik baru Malaysia baru.
Ah, satu lagi propaganda yang memperlekehkan kaum aku, dengus hati YB J. Jangan-
jangan yang menulis artikel ini orang Melayu. Mereka masih menganggap kaum aku sebagai berketurunan pendatang. Tidak guna punya generasi baru. Dengus YB J. Bisik hatinya lagi: Betullah dulu nenek moyang aku berhijrah ke bumi bertuah ini untuk mencari kekayaan, membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan keperitan hidup di China. Itu dulu. Generasi Cina sekarang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mereka hendaklah dilayan seperti warganegara Malaysia..
Dikejutkan
Sedang YB J asyik dengan lamunannya, dia dikejutkan dengan suara pemandunya yang memaklumkan, “Kita sudah sampai YB.”
Menunggu dia di luar ialah para penganjur dialog yang bakal berlangsung. Salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta YB J, bersalaman dengannya dan memperkenalkannya dengan ahli jawatankuasa penganjur yang lain. Diiringi oleh mereka, YB J dibawa ke pentas. Menurut kiraannya ada 500 orang di dalam dewan pagi itu. Dia bangga dengan kehadiran begitu ramai anak bangsanya yang ingin bertemu dengannya. Apa yang lebih membanggakan YB J ialah mereka belajar luar negara dengan biayai sendiri, bukannya bantuan kerajaan.
Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, YB J dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh YB J. Gagasan politik baru Malaysia barunya akan dihebahkan kepada dunia bebas. Dia teringat buku Kee Thuan Chye yang berjudul 8 Mac The Day Malaysian Woke Up. Momentum rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi warga bukan Melayu Malaysia yang sudah jaga dari lena itu mesti ditingkatkan. Pagi itu dia berazam untuk berbuat demikian.
Tetapi tanpa diketahui oleh YB J, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik YB J dengan caranya yang tersendiri.
Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.
YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.
Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.
Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.
Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.
Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.
Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.
Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.
BERHALA ANWAR VS ISLAM
Anwar sebagai dewa baru PKR!
Kini bagi menghalalkan cara, ulamak sanggup melakukan apa sahaja agar mereka dipandang berilmu dan beriman. Kalau dahulu mereka menentang, tetapi kini mereka membolehkan hal keadaan tersebut, walaupun mereka terpaksa mempertahankan pandangan ulamak lain yang tidak disepakati ramai.
Kenyataan Sallehen Mukhyi Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
“Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh.
“Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar,”
Sumber : malaysiakini
Pandangan Empat Mazhab.
Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.
Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna[ii] bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.
Isu replika Anwar Ibrahim di Batu Caves, merupakan salah satu contoh keadaan di mana, mereka yang bergelar ustaz-ustaz cuba mempertahankan bahawa ianya tidak mengapa dibina. Ustaz-ustaz ini meminta pula masyarakat menghormati perselisihan pendapat ini, sedangkan keutamaan hukum perselisihan pendapat perlu diberikan perhatian. Jika perselisihan pendapat ini berlaku kepada hukum batalnya air sembahyang atau tidak batal jika bersentuhan dengan bukan mahram ketika bertawaf, maka masyarakat boleh melaksanakan mengikut pendapat yang memberikan kemudahan kerana hal keadaan tersebut. Ini kerana hal keadaan tersebut adalah untuk mencari keredaan Allah. Berbeza pandangan ulamak di dalam hukum melukis atau mengukir. Membangunkan replika adalah tidak membawa kepada unsur-unsur yang dapat mendekatkan diri manusia kepada Yang Maha Esa. Malah perkara tersebut lebih menghampirkan diri manusia kepada unsur-unsur yang melalaikan diri dari mengingati Yang Maha Esa.  Disini dinukilkan hadis-hadis berkaitan agar masyarakat Islam dapat menilai dan mempertimbangkan tindakan tersebut.
1. 	“Rasulullah Saw bersabda, ‘Barangsiapa menggambar suatu gambar dari sesuatu yang bernyawa di dunia, maka dia akan diminta untuk meniupkan ruh kepada gambarnya itu kelak di hari akhir, sedangkan dia tidak kuasa untuk meniupklannya.’” [HR. Bukhari].
Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya diantara manusia yang paling besar siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambar gambar-gambar yang bernyawa.” (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, bab Tashwiir).
2.	Diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahwa seorang lelaki datang kepada Ibnu ‘Abbas, lalu katanya, “Sesungguhnya aku menggambar gambar-gambar ini dan aku menyukainya.” Ibnu ‘Abbas segera berkata kepada orang itu, “Mendekatlah kepadaku”. Lalu, orang itu segera mendekat kepadanya. Selanjutnya, Ibnu ‘Abbas mengulang-ulang perkataannya itu, dan orang itu mendekat kepadanya. Setelah dekat, Ibnu ‘Abbas meletakkan tangannya di atas kepala orang tersebut dan berkata, “Aku beritahukan kepadamu apa yang pernah aku dengar. Aku pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda, ‘Setiap orang yang menggambar akan dimasukkan ke neraka, dan dijadikan baginya untuk setiap gambarnya itu nyawa, lalu gambar itu akan menyeksanya di dalam neraka Jahanam.’” Ibnu ‘Abbas berkata lagi, “Bila engkau tetap hendak menggambar, maka gambarlah pohon dan apa yang tidak bernyawa.” [HR. Muslim].
3.	Dari ‘Ali ra, ia berkata, “Rasulullah Saw sedang melawat jenazah, lalu beliau berkata, ‘Siapakah di antara kamu yang mahu pergi ke Madinah, maka janganlah ia membiarkan satu berhala pun kecuali dia menghancurkannya, tidak satu pun kuburan kecuali dia ratakan dengan tanah, dan tidak satupun gambar kecuali dia melumurinya?’ Seorang lelaki berkata, ‘Saya, wahai Rasulullah.’ ‘Ali berkata, “Penduduk Madinah merasa takut dan orang itu berangkat, kemudian kembali lagi. Lelaki itu berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak aku biarkan satu berhala pun kecuali aku hancurkan, tidak satu pun kuburan kecuali aku ratakan, dan tidak satu pun gambar kecuali aku lumuri’. Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa kembali lagi membuat sesuatu dari yang demikian ini, maka bererti dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Saw.’” [HR. Ahmad dengan isnad hasan].
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyatakan syarat-syarat yang perlu ada di dalam lukisan diantaranya adalah seperti berikut:
“Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi syari'at Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.”
Wallahua’lam…
Rujukan:
1.Mausu`ah Fiqhiyyah Quwaitiyyah.
2.al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam
3.al-Islam wal Fann
POLITIK KAUM CINA DI PULAU PINANG.RUGIKAH MELAYU?
Melayu memang lembik pun...biasa dah jadi kuli suruhan ni
by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Sebenarnya telah lama blogger ingin mengupas pemerhatian awal terhadap tektikal politik kaum Cina di Pulau Pinang.MCA, Gerakan dan DAP mereka tetap sama iaitu kaum Cina yang berpaksikan kepentingan bersama.Bagi blogger ini tidak salah kerana semua bangsa ingin menjaga hak kaum masing-masing.Namun kecerdikan politik mereka di Pulau Pinang, telah banyak merugikan umat Islam.Permainan politik Gerakan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Cina berpindahkepada DAP.Seronok mereka walaupun BN kalah.Mungkin sedih, tetapi sedih dalam gembira.Wajah dan air muka kekalahan akhirnya ditempiaskan kepada UMNO.Maka paksi UMNO sekarang ialah Pak Lah.Akhirul Hayat, Pak Lah disalahkan bagi semua perkara.Gerakan mendesak keluar BN dan pelbagai lagi kesalahan disandarkan kepada UMNO.Sebelum pilihanraya Geraan lebih agresif daripada DAP tetapi tetap tumbang.Kenapa?Ada jawapan yang menyebut kerana Khairy.Mungkin analogi ini agak songsang, tapi penuh makna tersirat.
Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik.Parti politik yang majoritinya Cina ialah MCA dan Gerakan yang berada di dalam kerajaan dan membentuk polisi-polisi kerajaan. Sementara DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi . Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh MCA dan Gerakan akan diperjuangkan dari luar , DAP. Jadi MCA, Gerakan dan DAP saling lengkap melengkapi.Yang ruginya Melayu Pulau Pinang tidak kira UMNO, PAS dan PKR
MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya , Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.
Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia , terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi Barisan Nasional kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu seperti Seremban dan Kajang. Pernah satu ketika bandar Seremban, Ipoh, Kuala Lumpur, Kepong, Jinjang dan lain-lain menjadi lubuk DAP . Tetapi prasarana tetap mencurah-curah di lubuk DAP ini.Mengapa ini berlaku?Inilah kebijaksanaan politik Cina.Politik Melayu adalah mengadu domba yang akhirnya memusnahkan kekuatan ummah.
Kaum Cina berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia jika pengundi Cina di Singapura berada dalam Malaysia. Kaum Cina hanya menunggu-nunggu masa untuk melihat kaum mereka mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat. Tetapi Tunku Abdul Rahman tidak mahu Rusuhan Natrah dan lain-lain berulang lagi lalu mengeluarkan Singapura yang baru dua tahun berada dalam Malaysia. Rejim Sukarno dan Suharto di Indonesia mengatasi masalah kebanjiran imigran Cina di Jawa dan Sumatera dengan pelbagai cara seperti menghantar mereka pulang ke China.Lim Chong Eu yang keluar dari MCA yang lemah dan menubuhkan dan mengasaskan parti Gerakan. Kegagalan menguasai tampuk kerajaan persekutuan dicernakan melalui Dewan Undangan Negeri. Gerakan yang menjadi parti pembangkang ketika itu telah melantik [[Lim Chong Eu] sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.Ini bermakna masyarakat Cina Pulau Pinang mampu dan mahu Gerakan.Mengapa Mac 2008 mereka menolak Gerakan?Inilah punca utama mereka menyalahkan UMNO.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menamakan 3 tokoh pemimpin pilihan Gerakan yang bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang . Jika nama Ketua Menteri diumumkan, ada kemungkinan tokoh ini dikalahkan untuk memalukan Barisan Nasional dan Gerakan. Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Chong Eu pernah ditewaskan oleh Lim Kit Siang dari DAP pada tahun 1990. Namun Dr Teng Hock Nan lebih sesuai menjadi Ketua Menteri kerana latar belakang pendidikan dan sejarah perkhidmatan beliau selama ini. Jika ini berlaku, pengundi Melayu Pulau Pinang akan memendam rasa sekali lagi. Walaupun Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dari Pulau Pinang tetapi hasrat ini tidak dapat direalisasikan juga . Dalam hal ini sistem kuota dan kelebihan kerusi Melayu tidak terpakai lagi.Jika jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diserahkan kepada orang Melayu, dalam pilihan raya yang lain, pengundi Cina akan mengundi DAP pula . Situasi politik Pulau Pinang akan lebih berkecamuk kerana ketegangan Melayu-Cina akan memuncak dan boleh mencetuskan sengketa.Permainan kempen DAP yang menyatakan Ketua Menteri akan diberikan kepada Melayu sekiranya BN menang di Pulau Pinang menyebabkan semua orang Cina menolak BN.Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.Blogger merasakan perubahan sukar dilakukan, namun perlu diingat Gerakan juga pernah emenjadi Parti Pembangkang.Apakah sekali lagi Gerakan akan menjadi Pembangkang?atau kriteria Dr yang ada pada Tan Sri Kho Soo Koon akan menetapkan Gerakan akan terus setia dan bersama UMNO?Kita sama-sama saksikan detik-detik perjalanan sejarah Politik Pulau Pinang yang akhirnya boleh merugikan Melayu.
Pakatan Rakyat tidak boleh ditegur - Mereka semua Ma'sum!
Ikhlas dan telus...
Demikianlah sikap mereka apabila cuba ditegur akan kesalahan yang dilakukan, lalu dijawab oleh mereka..... Jawapan skema... "Mana ada? Mana ada begitu"... "Ini semua fitnah".... ataupun... "Ini perkauman!"... Ataupun, kalau mereka mengaku dengan berlapik.... "UMNO dulu lagi teruk".... "kesalahan orang lain nampak".... ada juga yang menjawab... "tak usahlah tengok kesalahan org lain, tengok dulu diri sendiri"...
Akhirnya, kalau kita cuba tegur... kita pulalah kena dinasihati.... Baguslah begini...
Isu yang dibangkitkan ialah "kesundalan DAP".... adakah menghentam DAP adalah perkara "perkauman" dan "hasutan? barangkali mereka boleh baca dulu Akta Hasutan, apakah maknanya hasutan itu?
Bila kita bangkitkan isu, di mana Ceramah dan Solat Terawih pimpinan Us. Badrul Amin telah dibatalkan bagi memberikan laluan kepada Majlis DAP... tiadalah pula dibahaskan isu pokok ini....
Kepada bloggers PERAKEAN.... dinasihati agar memahami erti bumiputera dalam konteks "kultultras" atau alam budaya... Bumiputra bukan bermaksud "aborigins" atau pribumi... Jadi persoalan PERAKEAN untuk membezakan antara Malaysian Malay atau Sumatran Malay tiadalah timbul...
MELAYU di Malaysia, Inonesia, Brunei, Melayu Singapura, Thailand, Filifina, Myanmar dan Kampuchea adalah adik beradik serumpun... Mereka boleh menjadi warganegara apa sahaja negara Moden PBB. Namun mereka semua adalah bumiputera di Alam Melayu di Nusantara ini.
Demikianlah orang Cina/Tionghua di Hong Kong, Macao, Taiwan, Tibet, Mongolia Dalam, Xinjiang dan China, mereka adalah bumiputera di alam budaya benua Cina itu...
Demikianlah orang India di Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Kashmir dan Bhutan, mereka adalah bumiputra di benua India/benua Keling itu.... Itulah maknanya bumiputra...
Apakah itu alam budaya?.... harap Perakean boleh studi lagi....
.....dan kepada suatu makhluq yang nick nya "kid apa entah"... Wah... cuba jadi ustaz pula... Cuba tanya Tuan Guru Nik Aziz tentang fatwanya tentang Mencarut dengan dalil Surah Al-Lahab (tabbat yada).... Jadi kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga yer....
Kronologi penipuan Anwar Aljuburi
Malam 28 yang malang - DAP kencing air muka Nizar!
Hancing-sehancing-hancingnya. Bila aku dekati Nizar kubaui basah-HANCINGnya muka Nizar. Di manakah Mahghribnya semalam, ketika beliau di mestikan berucap pada waktu Maghrib di hadapan Kafirin Laknat Penyokong DAP. Beliau terjemah ayat Qur'an sekerat-sekerat untuk memuaskan nafsu majal!
Nizar jual agamanya? Bilamana Majlis Ceramah dan Solat Terwawih berjemaah pimpinan Us. Badrul Amin telah dihalau dari Dataran Bandaraya Ipoh, bagi memberi laluan Makan Besar dan Yamseng Arak Yahudi Timur dilaksanakan. Mengapakah ini boleh terjadi di bawah pimpinan seorang Menteri Besar PAS?
DAP dengan gahnya dan dengan bongkaknya menghina rapat UMNO dan Tajol Rosli. Bila UMNO dan Tajol Rosli dihina lalu beramai-ramai orang Yahudi Timur itu gelak sakan sambil bertepukan. Kepada UMNO dan Tajol Rosli, senangkah kita hanya berdiam diri setelah diejek hina sebegitu?
Lalu Nizar sukahati sahaja melihat Majlis Kencing Beramai-ramai sang Yahudi Timur KENCING di air mukanya. Apakah Nizar sudah terkena sumpahan brengset!
Ini bukanlah fitnah dajjali. Ini semua telah berlaku. Yahudi Timur pimpinan Kit Siang telah berdansa sakan mengejek bangsa Melayu dan Agama Islam, secara langsung atau tidak langsung.
Satu jalan P.Pattoo telah dihadiahkan oleh Nizar kepada para bangsat yang hadir. Karamlah kesemuanya nanti dilaknati Allah SWT.