Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam SUARAM kerana kritik kerajaan Selangor mengenakan levi sebanyak RM 9.00 sebulan terhadap majikan kepada setiap pekerja asing yang diambil bekerja. Kata Tan Sri Khalid, SUARAM adalah NGO yang mendapat tajaan Amerika Syarikat yang tiada hak untuk campur tangan dalam kerajaan Selangor.
"SUARAM adalah salah satu NGO Malaysia yang dapat tajaan The National Endowment for Democracy (NED) sebuah Institusi kewangan yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat. Selain SUARAM beberapa badan lain mendapat tajaan ED iaitu CIJ, MAFREL, NDI, SEAPA & ODC. Semua NGO ini meyokog Anwar Ibrahim dan menjadi AJK BERSIH yang turut dianggotai PAS, PKR & DAP.
NED adalah badan penaja Amerika bagi tujuan menjatuhkan kerajaan-kerajaan di dunia supaya pro yahudi dan US. Tak kanlah Tan sri Khalid terlupa mengenai hal ini. BN dulu pun telah dedahkan NED ni bersama Anwar Ibrahim hasut rakyat. sekarang NED bersama SUARAM. Barulah Tan Sri Khalid terasa rupanya.
Kes mabuk 2:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaannya akan meneruskan usaha Khir Toyo membersihkan semua setinggan di Selangor.
Tan Sri Khalid juga berkata pengisytiharan harta exco Selangor tidak perlu kerana untuk menjaga hal peribadi keluarga.
Banyak harta tak nak dedah. Tan Sri Khalid sahaja bekas CEO Guthrie mempunyai berjuta-juta harta.
* Khalid seorang Jutawan. Harta tidak boleh isytiharkan sekarang nanti jumlah harta yang terkumpul dapat diketahui. Mungkin Khalid hanya mahu isytiharkan 4 tahun akan datang setelah semua harta dapat dikumpulkan dengan banyaknya dan harta-harta itu diagihkan kepada proksi-proksinya.
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Surah At-Taubah, Ayat 8