Daripada:
Petapa Purba
(yang pasti turun mencecah tari,apabila keperluan menuntut)
Kepada:
Siapa sahaja
(yang masih bangga bergelar MELAYU).
Ogos 2008 nanti, usia Malaysia Merdeka akan menjadi 51 tahun. Dalam masa 51 tahun itu kuasa memerintah sentiasa berada pada UMNO. Ini kerana sifat muafakat parti-parti politik yang diterajui oleh UMNO masih tetap sepakat. Sedar atau tidak UMNO adalah parti pemerintah yang paling lama di Asia sekarang ini. Bayangkan apa yang akan berlaku jika kuasa pemerintahan negara ini terjatuh ke tangan kaum lainnya?
Bagi mereka yang rasional sewajarnya ada 3 pengalaman yang sepatutnya menjadi pengajaran bagi orang Melayu, terutamanya yang menggangotai, apa lagi bagi yang memimpin UMNO pada masa mana-mana peringkat dan masa sekali pun.
Pengalaman yang pertama ialah pilihan raya umum pada 10 Mei 1969, yang akhirnya mencetuskan tragedi berdarah Mei 13. Peristiwa tersebut berlaku kerana parti yang memerintah pada yamh sama itu Cuma memperolehi 74 kerusi berbanding 70 kerusi diperolehi oleh parti lain termasuk PAS yang telah berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu. Walaupun PAS masih parti yang dianggotai oleh orang Melayu tetapi kedudukannya masih tetap sebagai pembangkang. Peristiwa 13 Mei ini nmemberi contoh jelas bagaimana keduduka dan kuasa orang Melayu akan dicabar bila UMNO sendiri sudah tidak lagi menyandang kuasa yang jelas dalam parlimen.
Pengalaman yang kedua ialah perebutan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang akhirnya telah mengheret UMNO ke mahkamah sehingga dihukum sebagai tidak sah dan terbatal pendaftarannya. Sedar atau tidak pada masa itu secara perundangannya orang Melayu sudah hilang kuasa memerintah. Kita bernasib baik kerana kecekapan para pemimpin pada masa itu telah berjaya mengembalikan semula kuasa orang Melayu. Kita bersyukur kerana selepas itu UMNO kembali bersatu dan kuasa Melayu menjadi semakin kuat dalam negara.
Pengalaman ketiga ialah ketika pilihan raya 1999. Kerana dipengaruhi pihak tertentu orang Melayu yang kurang usul periksanya menjadi kecewa dan marah. Mereka berdemonstrasi dan bertindak tanpa arah tujuan. Semuanya kerana mahu membela seseorang yang kecewa dalam parti. Akibatnya menghasilkan keputusan PRU 1999. Walau pun BN mempunyai majoriti yang jelas, iaitu melebihi 2/3, namun UMNO cuma mempunyai 72 kerusi iaitu kurang daripada bilangan kerusi yang di perolehi oleh kompenen lain dalan BN.
Dengan keadaan yang demikian kaum lain sudah mula menunjukkan belang dengan berbagai tuntutan mendesak. Itulah yang berlaku setelah UMNO tidak lagi dipandang sebagai parti yang dominan dalam BN yang menguasai parlimen. Hak istimewa orang Melayu, yang sedia termaktub dalam perlembangan negara pun sudah mula dipersoalkan.
Dalam pilihan raya 2004, UMNO berjaya memenangi 110 kerusi sekali gus memulihkan keadaan dan kembali menjadi dominan. Namun kecemerlang ini rupanya belum lagi dapat menghapuskan bahang yang dicetuskan oleh situasi yang terjadi pada 1999. Apa lagi pihak –pihak tertentu masih terus mencetus serta membangkitkan berbagai isu untuk terus menghangatkan keadaan tegang serta terus menerus membakar kemarahan rakyat.
Kecemerlangan pencapaian kemenangan UMNO pada tahun 2004 telah sebaliknya memberi harapan berlebihan kepada orang Melayu dan kalangan tertentu dalam UMNO sendiri. Akibat dibuai mimpi harap, kerana terlalu selesa, ahli dan pemimpin UMNO mulai menjadi lupa tentang ketulenan perjuangan bangsa dan agama. Masing-masing memasang niat untuk menambah kekayaan dan mendaki ke tampuk kuasa yang lebih atas. Keghairahan persaingan membuat kita sanggup memperlekeh teman, mencatas kawan biar pun dengan cara-cara ysng tidak sihat dan melupai nilai murni demi memburu harapan dan cita-cita sendiri. Ini seakan menjadi budaya politik masih mahu diteruskan dalam UMNO.
Dalam senyap pula, kita lihat puak-puak agama lain seperti Kristian, Budha, Taoisme, Sikhisma mulai bersatu menuntut 14 perkara melalui Suruhanjaya Antara Agama. Terang-terangan 9 orang menteri bukan islam menyokong tuntutan IFC itu. Secara terbuka juga HINDRAF dengan sokongan nyata ramai pemimpin pembangkang menuntut yang bukan-bukan daripada kerajaan dan bertindak melampau di atsa jalan raya. Bukankah semua ini jelas menunjukkan bahawa mereka mahu melemahkan UMNO dan mencabar kuasa orang Melayu? Anehnya keadaan tertekan ini diambil kesempatan lagi oleh ramai orang UMNO sendiri untuk memberi tekanan kearah mencetuskan peluang-peluang tersenarai dalam mimpi masing-masing. Keriohan tercetus telah membuat orang Islam menjadi marah dan yang bukan islam menjadi benci kepada BN.
Hasilnya terpamir melalui keputusan pilihan raya ke-12 pada 8 Februari 2008. Parti memerintah yang dipimpin oleh UMNO tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dengan penguasaan kurang daripada 2/3 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi sementara 5 negeri berjaya dikuasai pembangkang. Mujurlah parti komponen di Sabah dan Sarawak masih lagi gagah menguasai hati pengundi. Jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi oleh orang islam ialah 89, dimana Cuma 79 daripadanya disandang oleh UMNO.
Mengapa undi orang Cina dan India beralih kepada PKR dan DAP? Adakah ini menunjukkan mereka telah bersatu dalam diam? Orang Cina dan India kini sudah bertuankan DAP dalam Parlimen. DAP yang menang 21 kerusi dan orang India juga bertuankan DAP menang 7 kerusi dalam parlimen. Berbekalkan dana bantuan besar dari Amerika Syarikat, Anwar Ibrahim menjadi penggerak untuk menjatuhkan kuasa UMNO secara terancang. Anwar sudah mula merancang membeli ahli parlimen BN dengan nilai beratus juta ringgit.
Malangnya dengan derita yang parah itu, ramai antara kita masih juga belum merasai peritnya. Dalam keadaan UMNO tenat sakit setelah terhukum dengan tsunami politik ini masih ramai juga lagi para pemimpin UMNO dari atas sampailah ke pertengahan dan malah di bawah pun yang telah terbakar sebahagian badannya. Malah tidak kurang juga yang remok kaki tak upaya bergerak dan patah tangan tak mampu berdayung lagi. Dalam lemah itu hilanglah karismanya, dan hancur jua kredibitinya apa lagi kalau selama ini pun kita sudah biasa terpikat oleh godaan bisikan dari musuh-musuh kita yang telah biasa resap masuk dalam otak fikir dan dada rasa kita tanpa kita sedari.
Maka ramailah antara kita menjadi ghairah kerana nampak peluang untuk merealisasikan impian sendiri. Apa lagi yang sudah sekian lama memendam rasa dengan dendam kesumat. Tampil pula berbagai pihak (entah apa matlamat tujuannya) menghulur bantuan serta mengikrarkan sokongan. Tidak terkiralah seronoknya kita kerana hasrat, impian, matlamat, tujuan, cita-cita kita sendiri kelihatan sudah menjadi terlalu hampir. Seperti sudah dapat digenggam rasanya.
Maka kita pun memutuskan untuk bersaing/ bertanding merebut jawatan tertentu. Mulalah kita melemah, memperlekeh dan memburukan pesaing kita. Malah kalau boleh kita kuburkan terus lawan/ pesaing yang boleh menjadi halangan kepada cita-cita kita. Apa nak jadi pun jadilah. Pejam mata senafas ini. Inilah peluangnya. Tak akan jumpa lagi peluang sebegini selepas ini. Berpejam mata dengan sikap berhajat itu kita pun terlupa, alpa, lalai dan rungkup tertutup dari cahaya fikir untuk memberi sedikit perhatian menelitikan kajian kesan dan akibat. Kaedah menang-menang bukan minat kita kerana mahu kita sahaja yang lebih. Mana boleh sama menang sama untung. Khabarnya seseorang yang pernah menyandanag kedudukan sebagai presiden persatuan ulamak pun tergamak mengatakan ”daripada bekerjasama dengan UMNO lebih baik bergabung dengan kafir”
Dalam keadaan separah ini, kita sebenarnya merindukan seseorang yang mampu menjadi bapa dari semua bapa. Adakah negarawan bangsawan yang dihormati selama ini yang sesungguhnya benar-benar diperlukan pada masa-masa begini untuk tampil dengan mentera hikmahnya menjadi pawang memulih yang lupa, mengubat yang sakit, merawat yang luka membelat mudimkan yang patah. Malangnya kalau negarawan bangsawan yang ada juga ikut menjadi seperti orang banyak dan ikut menuding jari menyelar, menyalahkan, mercerca dan malahannya menyarankan penamatan kerier bagi sasaran yang dituding jarinya. Padahal kita sendiri tidak juga berbuat begitu sewaktu kita sendiri pernah melalui suasana serupa sehinggalah usaha semua pihak yang masih mampu disatukan pada masa itu telah berjaya memulihkan suasana. Tindakan Negarawan terbilang pada waktu itu benar-benar dikagumi.
Apakah masa untuk kemusnahan dan kehancuran kita sudah benar-benar tiba dan kita juga ikut memutuskan untuk merelakan (apa lagi kalau menyumbang kearah) kehancuran mutlak itu. Teringat juga kita kepada contoh yang baik pernah berlaku di negara jiran kita, Thailand. Apabila keadaan terlalu parah begini terjadi; munculah rajanya mengeluarkan titah yang baik dan dipatuhi. Kita ada 9 takhta tempat bersemayam raja-raja... bagaimana. Atau adakah raja pun ikut terlibat dalam kemelut seperti kita juga?
Tiada penyelesaian mudah rupanya. Akan musnahlah kita. Relakah kita menyambut kemusnahan ini. Bersediakah kita untuk melihat kuasa memerintah negara ini terlepas dari pemimpin Melayu? Sanggupkah kita melihat anak cucu kita hidup terjajah dibumi sendiri. Sudikah kita dicemoh oleh generasi kemudian kerana tanah puska dari nenek moyang ini tidak mampu di panjangkan kepada mereka. Walau apa pun dalam keadaan kini mudahlah kita menuding jari dan menyelar serta melemparkan tohmah seranah. Tanpa muhasabah diri, mudah bagi kita melontar beban tanggungjawab kepada pihak lain. Tetapi cuba-cuba lah kita tanyakan diri kita sendiri. Adakah kerja lebih baik yang dapat kita sendiri lakukan pada peringkat kita.
Lupakah kita kepada pesanan Rasulallah SAW bahawa: ” Tanah yang pernah diperintah oleh orang Islam itu haram dibiarkan ia terlepas ke tangan orang bukan Islam.” Lupakah kita kepada pesanan Tuah.....Tak akan Melayu derhaka kepada rajanya. Namun apa akan seterusnya berlaku kalau raja pula mengizinkan dirinya menjadi agen dan seterusnya menjadi katalis dalam proses mereputkan takhtanya.
Ini pun patut dilihat sebagai pesaka yang semenjak lama dahulu dibendung oleh UMNO, kerana melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1945 dahulu raja sebenarnya telah tersepit dan bersetuju menyerahkan takhtanya kepada Queen Elizebeth. Ketika itu para pemimpin Melayu melalui UMNO lah yang berjuang dengan berbagai cara sehingga kuasa Raja-Raja Melayu di kembalikan.
Tok Limbong yang digambarkan sebagai derhaka oleh tulisan-tulisan sejarah dalam pola rencana British ( agenda Yahudi terlaksana melalui dendam Nasrani) juga tidak pernah menderhaka. Lebai Deraman yang mati bersama 12 orang pengikutnya juga tidak pernah derhaka dengan rajanya.
Apa akan berlaku pada nasib bangsa kalau kita masih lagi tidak mahu bersatu? Apakah kita mahu menghukum anak cucu kita nanti dengan pertelingkahan sesama kita kini? Sedang DAP semakin berkuasa di Malaysia, apakah kita mahu membiarkan mereka terus berkuasa menjajah bumi Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Selangor? Kalau masih mahu bertikam sesama sendiri, orang Melayu akan terus lemah dan hilang kuasa dan DAP akan menjadi pemerintah dalam kabinet nanti. Tunggulah, masa kehancuran akan tiba kalau UMNO masih lagi tidak bersatu.
Ikhlas,
__________________
( HAMBA ALLAH)
Wan Mutahir @ Bomoh Itam @ Batin Itam moyut hamba (lima keturunan sebelum kelahiran hamba) juga berpesan kepada anak cucu cicit dan keturunannya supaya walau apa pun yang berlaku raja adalah raja dan keturunan dari titisan darahnya hendaklah jangan derhaka. Maka hamba yang hidup dizaman elektronik ini masih juga lagi merasakan moyut moyor pembawa wasillah dari keturunan Rasulullah SAW itu masih lagi hadir dibelakang dan dalam diri hamba diwaktu-waktu tersepit begini. Orang seperti hamba tidak mungkin akan derhaka atau membiarkan istilah derhaka itu menghantui emosi orang Melayu. Namun bagaimana pula kalau takhta yang masih sama-sama kita daulatkan itu menjadi reput?