WebSite  
 
Home Page > Malaysia

Harga Minyak : Cara Pak Lah Selesaikan Masalah

Wed, 04 Jun 2008 22:23:00
3.5 / 5 (5 Votes)
Article by:
UmnoMuda
Mengapakah Anwar Ibrahim tetap tidak mahu bersumpah menafikan dakwaan liwat Saiful Bukhari?
Beliau sememangnya bersalah dan mengetahui azab dan laknat Allah S.W.T. ke atas orang yang bersumpah dusta
Sumpah muhabalah tersebut merupakan langkah yang tidak Islamik
Beliau lebih percayakan mahkamah barat daripada penyelesaian secara sumpah Syarie
Hari ini telah diumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM 0.78 seliter,  bermakna,  rakyat hari ini terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter,  berkuatkuasa 12 tengah malam ini.  Walaupun pada mulanya dikatakan akan menaikkan harga petrol pada bulan Ogos,  namun seperti biasa Pak Lah sekali lagi memungkiri kata-katanya kepada rakyat. 

Saya sendiri yang telah pun merancang perbelanjaan saya untuk mempersiapkan diri menghadapi kenaikan harga minyak dua bulan lagi seperti melangsaikan hutang dan sebagainya,  menepuk dahi kerana terpaksa pula menghadapi kenaikan ini secara tiba-tiba.

Jika kita masih ingat,  tahun 1997-1998 dahulu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi,  Perdana Menteri ketika itu,  Tun Dr Mahathir telah menambat nilai matawang kita.  Kesannya,  rakyat ketika itu tidak begitu terasa bahang kegawatan tersebut.  Begitulah gaya seorang pemimpin dinamik yang mampu menyelamatkan rakyatnya daripada merasai secara terus setiap konflik dan krisis yang dihadapi dunia.  Idea dan buah fikirannya akan menjadi perisai kepada rakyat daripada merasai kesusahan.  Berbeza dengan Pak Lah hari ini,  yang setiap keputusannya menuntut rakyat bersama-sama menderita bersama kerajaan menanggung masalah negara.

Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah,  sebaliknya lebih berminat memberikan penjelasan kepada rakyat supaya rakyat memahami "kesusahan" kerajaan.  Contohnya,  menjelaskan kepada rakyat,  bahawa negara lain membayar harga petrol lebih mahal daripada Malaysia.  Ini bukanlah perkara yang diharapkan oleh rakyat daripada sebuah kerajaan yang telah dipilih.  Rakyat mahukan penyelesaian,  bukannya penjelasan. 

Lihat sahajalah zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika dahulu,  hinggakan pada satu tahap di mana timbalannya hendak mendapatkan bantuan IMF,  tetapi Dr Mahathir telah berjaya mengeluarkan penyelesaian terbaik yang tidak membebankan rakyat walaupun ketika itu dunia huru-hara kerana kemelesetan ekonomi.  Saya pada masa itu mempunyai beberapa orang rakan dari negara jiran berasa kasihan mendengar keluhan mereka kerana terpaksa menanggung kesusahan kerana kerajaan mereka gagal menangani masalah kemelesetan ekonomi tersebut.  Di dalam hati saya ketika itu mengucapkan rasa kesyukuran kerana mempunyai Perdana Menteri yang bijak seperti Tun Dr Mahathir.

Pak Lah nyata kekurangan idea.  Beliau sebenarnya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika dunia dilanda kegawatan seperti ini.  Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang bijak,  berpandangan jauh dan berwawasan untuk menangani segala krisis yang mungkin dihadapi.  Kerana itulah rakyat memerlukan kerajaan.  Rakyat memilih kerajaan untuk dipertanggungjawabkan memikirkan masalah rakyat.  Bukannya kerajaan yang tidak habis-habis membebankan rakyat dengan masalah kerajaan.

Tetapi itulah cara Pak Lah menyelesaikan masalah. Memang harga minyak global sekarang sangat tinggi tetapi bagi saya itu bukan soalnya.  Soalnya sekarang ini adalah kerajaan hari ini tidak lagi mampu memberikan subsidi.  Mengapa begitu?  Jawapannya mudah,  kerajaan pimpinan Pak Lah hari ini tidak lagi mampu menjana ekonomi dengan berkesan.  Kantung kewangan kerajaan semakin kekeringan dan pertumbuhan ekonomi pula adalah lembap.  Sepatutnya Pak Lah duduk semeja berbincang dengan Dr Mahathir meminta buah fikiran berdasarkan pengalaman luas Dr Mahathir mentadbir negara.  Tapi hari ini Tun dihina,  dikutuk dan dikeji.

Kepada rakyat Malaysia,  saya menyeru supaya kita semua menunaikan solat taubat.  Mungkin kita terlalu banyak melakukan dosa hinggakan kita dikurniakan seorang Perdana Menteri yang dungu seperti Pak Lah.  Lihat sahajalah jawapan Pak Lah ketika negara tidak cukup beras tempoh hari,  disuruhnya pula kita makan ubi kentang dan makan nasi segenggam sehari.  Siapa sahaja boleh jadi PM begitu.  Kesimpulannya,  Pak Lah harus undur.  Beliau patut mengakui beliau tidak mampu memimpin negara membangun seperti Malaysia.  Berundur bukan bererti kalah,  tetapi akan diingati oleh rakyat sebagai pengunduran penuh maruah dengan mementingkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya.
 Other Articles
 Photo Gallery

 
Renungan Minda
Dari Abdullah bin Aufa r.a, "Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:" Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang." Kemudian baginda berkata:"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:"

Bukhari
 
Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan-Tranungkite.net Protes sejuta rakyat...

Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan...

Skandal Seks Anwar Ibrahim : UGUT vs DNA vs ALIBI ? Skandal Seks Anwar...

Pada pandangan penulis, DS Anwar Ibrahim tidak akan mempunyai sebarang masaalah untuk mencari alibinya. Dan berdasarkan...

Campur tangan Setan Besar Amerika Dikecam dalam kes tuduhan Anwar Campur tangan Setan...

Jurucakap US state deparment , Tom Casey telah dengan secara 'direct' memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan sudah...

Misteri hubungan Anwar dan Saiful? Benarkah Wan Azizah menipu? Misteri hubungan Anwar...

Persoalan yang lebih misteri, bagaimanakah mangsa boleh bekerja dengan Anwar dan bagaimanakah cara dia diambil,...

Liberation of International Working group for Anwar in Turkey or (L.I.W.A.T.) Liberation of...

Jika Anwar Ibrahim benar tidak meliwat Saiful Bukhari, mengapa Anwar Ibrahim perlu sembunyikan diri?

Satu Persatu Dipecat Oleh Khalid Satu Persatu Dipecat...

Sambutan 100 hari pemerintahan Khalid juga tidak mendapat sambutan dari ahli ahli PAS. Tidak sampai target 100,000...

 
If Anwar is not ''PM of Israel'', What Then? If Anwar is not ''PM of...

Denying he is the Prime Minister of Israel does not change...

Dana Neo Konservatif - Khas buat Anwar dan PKR Dana Neo Konservatif -...

“Saya tak akan berjanji kalau saya tak dapat menunaikan”...

'Main-Main Topeng' 'Main-Main Topeng'

Saya kira PAS berada dalam kedudukan penting sebagai poros...

100 Hari PKR di Selangor: Pena Ajaib Siapa Yang Berdakwat? 100 Hari PKR di...

Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim. 100 hari Pakatan Rakyat...

Tuntutan Ke-8 IFC Berjaya Tuntutan Ke-8 IFC...

Inilah padahnya membiarkan PKR memerintah Selangor, selepas...

Dr. Mahathir: Harga Minyak Dr. Mahathir: Harga...

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu...

Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT Meraikan Dr. A Hamid...

Di Amerika, kumpulan IIIT dikenali sebagai pelopor...

Anwar Ibrahim - bahaya kepada bangsa, agama dan negara? Anwar Ibrahim - bahaya...

Dalam keadaan perjuangan Hindraf, dalam keadaan menuntut...

Betulkah Anwar Agent Yahudi ? Betulkah Anwar Agent...

Kata Rocky's ". I was the editor of Business Times....

Hadi Jadi PM ? Hadi Jadi PM ?

Di mana pula kedudukan Nik Aziz? Apakah Nik Aziz akan...

 

 Mymassa.com  Copyright © 2007-2008 Mymassa.com. | Terms of Use for our Site, | Terms of Use for web and Privacy Policy and Safety Information/ All rights reserved.
Anda adalah pengunjung : Terima Kasih dari Mymassa.com
Hantarkan pendapat dan pandangan anda di massavoice@yahoo.com