WebSite  
 
Home Page > Malaysia

'Main-Main Topeng'

Tue, 17 Jun 2008 06:19:00
Article by:
Feisal Tehrani
Mengapakah Anwar Ibrahim tetap tidak mahu bersumpah menafikan dakwaan liwat Saiful Bukhari?
Beliau sememangnya bersalah dan mengetahui azab dan laknat Allah S.W.T. ke atas orang yang bersumpah dusta
Sumpah muhabalah tersebut merupakan langkah yang tidak Islamik
Beliau lebih percayakan mahkamah barat daripada penyelesaian secara sumpah Syarie
Dengarnya ada main-main politik. Namanya main acah-acah. Anak Mak Cik Musalmah Lebar kata, 'main-main topeng.'

"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat. Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat."

Begitu 'warning' Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Naib Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari ketika mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS yang Dewan Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan.

Begitulah main-main politik.

Yang di bawah ini kita akan ukur 'kecekalannya':

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella." Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi 'warning' kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang konsert itu hanya menggambarkan program gaya hidup mewah dan membazir sedangkan pada waktu yang sama rakyat berada dalam kegelisahan dan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Setiap pemimpin perlu menunjukkan teladan hidup berjimat cermat dan mengelakkan daripada gaya hidup mewah.

Sallehen menegaskan lagi isu prinsip seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak boleh dikompromi atau 'ditutup sebelah mata' oleh PAS, sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islam sejak 50 tahun.

Saya kira PAS berada dalam kedudukan penting sebagai poros tengah. Ia boleh diketepikan; tetapi jika bijak dapat juga menjadi kuasa pendesak yang mesti diketengahkan. Sungguh saya ingin melihat sejauh mana kebijaksanaan PAS bermain politik di sisi komponen lain yang ramai ahlinya bertopeng sekularis pura-pura Islamis dan juga di sisi komponen bertopeng sekularis ala-ala ultra liberalis. Saya teringat kebijaksanaan Hezbullah dua bulan lalu yang bermain politik dan acah-acah (baca: perang-perang) di tengah komponen kuasa kuffar serta jurus non-Islami. Bijaknya mereka sehingga dianugerahkan kuasa veto dalam parlimen Lubnan, sedangkan wakil mereka tak berapa kerat juga. Bijaknya mereka sehingga didokong kumpulan Kristian. Dan mereka melakukannya tanpa mengenakan topeng.

Adakah PAS akan bijak sebijak Hezbullah?

Yang baik saya akan tetap sokong Insya-Allah. Tapi sehingga saat ini rekod persembahan markah untuk PAS masih kosong.
 Other Articles
 Photo Gallery

 
Renungan Minda
Dari Abdullah bin Aufa r.a, "Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:" Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang." Kemudian baginda berkata:"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:"

Bukhari
 
Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan-Tranungkite.net Protes sejuta rakyat...

Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan...

Skandal Seks Anwar Ibrahim : UGUT vs DNA vs ALIBI ? Skandal Seks Anwar...

Pada pandangan penulis, DS Anwar Ibrahim tidak akan mempunyai sebarang masaalah untuk mencari alibinya. Dan berdasarkan...

Campur tangan Setan Besar Amerika Dikecam dalam kes tuduhan Anwar Campur tangan Setan...

Jurucakap US state deparment , Tom Casey telah dengan secara 'direct' memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan sudah...

Misteri hubungan Anwar dan Saiful? Benarkah Wan Azizah menipu? Misteri hubungan Anwar...

Persoalan yang lebih misteri, bagaimanakah mangsa boleh bekerja dengan Anwar dan bagaimanakah cara dia diambil,...

Liberation of International Working group for Anwar in Turkey or (L.I.W.A.T.) Liberation of...

Jika Anwar Ibrahim benar tidak meliwat Saiful Bukhari, mengapa Anwar Ibrahim perlu sembunyikan diri?

Satu Persatu Dipecat Oleh Khalid Satu Persatu Dipecat...

Sambutan 100 hari pemerintahan Khalid juga tidak mendapat sambutan dari ahli ahli PAS. Tidak sampai target 100,000...

 
If Anwar is not ''PM of Israel'', What Then? If Anwar is not ''PM of...

Denying he is the Prime Minister of Israel does not change...

Dana Neo Konservatif - Khas buat Anwar dan PKR Dana Neo Konservatif -...

“Saya tak akan berjanji kalau saya tak dapat menunaikan”...

100 Hari PKR di Selangor: Pena Ajaib Siapa Yang Berdakwat? 100 Hari PKR di...

Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim. 100 hari Pakatan Rakyat...

Tuntutan Ke-8 IFC Berjaya Tuntutan Ke-8 IFC...

Inilah padahnya membiarkan PKR memerintah Selangor, selepas...

Dr. Mahathir: Harga Minyak Dr. Mahathir: Harga...

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu...

Harga Minyak : Cara Pak Lah Selesaikan Masalah Harga Minyak : Cara Pak...

Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak dapat menyelesaikan...

Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT Meraikan Dr. A Hamid...

Di Amerika, kumpulan IIIT dikenali sebagai pelopor...

Anwar Ibrahim - bahaya kepada bangsa, agama dan negara? Anwar Ibrahim - bahaya...

Dalam keadaan perjuangan Hindraf, dalam keadaan menuntut...

Betulkah Anwar Agent Yahudi ? Betulkah Anwar Agent...

Kata Rocky's ". I was the editor of Business Times....

Hadi Jadi PM ? Hadi Jadi PM ?

Di mana pula kedudukan Nik Aziz? Apakah Nik Aziz akan...

 

 Mymassa.com  Copyright © 2007-2008 Mymassa.com. | Terms of Use for our Site, | Terms of Use for web and Privacy Policy and Safety Information/ All rights reserved.
Anda adalah pengunjung : Terima Kasih dari Mymassa.com
Hantarkan pendapat dan pandangan anda di massavoice@yahoo.com