WebSite  
 
Home Page > Malaysia

Skandal Seks Anwar Ibrahim : UGUT vs DNA vs ALIBI ?

Thu, 03 Jul 2008 22:28:00
2.5 / 5 (3 Votes)
Article by:
Dr Novandri Hasan Basri
Mengapakah Anwar Ibrahim tetap tidak mahu bersumpah menafikan dakwaan liwat Saiful Bukhari?
Beliau sememangnya bersalah dan mengetahui azab dan laknat Allah S.W.T. ke atas orang yang bersumpah dusta
Sumpah muhabalah tersebut merupakan langkah yang tidak Islamik
Beliau lebih percayakan mahkamah barat daripada penyelesaian secara sumpah Syarie
Seperti yang penulis katakan di dalam artikel sebelum ini, Anwar Ibrahim memang seorang ahli politik yang 'kreatif'.

Tapi malangnya, creative for the wrong reason!

Sama ada beliau telah melakukan hubungan di luar tabii atau tidak, kali ini beliau sudah bersedia. Segala aspek telah diterokai dan ditangani. Seperti kata rakan penulis, “dia cover line cantik punya.”

Cuma yang mendatangkan kemusykilan ialah tindakan beliau untuk menokoktambah adegan berlindung di Kedutaan Turki dan kononnya beliau diugut bunuh di dalam skrip drama skandal seks beliau sendiri.


Jika kita perhatikan betapa ramainya ‘bodyguard’ yang berkampung di luar Kedutaan Turki semasa Anwar Ibrahim ber’lindung’ di sana :-

1. Di manakah rasionalnya mereka yang kononnya mahu ‘membunuh’ beliau, dapat menghampiri beliau?
2. Mana mungkin ada orang yang mampu menyuntik arsenik atau HIV ke badan beliau tanpa disedari oleh puluhan ‘bodyguard’ beliau?

Akan tetapi, jika dari sudut menimbulkan suspens, simpati, ngeri dan juga untuk tujuan mempromosikan drama tersebut, Anwar Ibrahim telah berjaya dengan TERBILANGnya.

UGUT ?

Yang menarik perhatian penulis kali ini ialah mode operandi Anwar Ibrahim mengaitkan dua nama pegawai tertinggi ‘big guns’, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patani di dalam skrip drama Anwar Ibrahim.

1. Apakah rasionalnya tujuan DS Anwar Ibrahim untuk membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, di saat-saat genting siasatan skandal seks beliau pada hari ini?

2. Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim mengungkitkan kembali kes yang berlaku pada tahun 1998 di mana Tan Sri Musa Hassan didakwa terlibat dalam kes pemalsuan siasatan yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Rahim Noor?

Bagi pendapat penulis, tujuannya hanya SATU iaitu untuk merendah-rendahkan kredibiliti, kewibawaan dan kemampuan mereka yang terlibat secara langsung di dalam siasatan kes Anwar Ibrahim.

Dan dengan menekan serta membuka apa sahaja isu yang tampak boleh menconteng arang di muka Ketua Polis Negara, siasatan polis yang dijalankan hari ini akan bertambah rumit dan tentunya senang di cop sebagai 'bias' serta boleh diragui dari kaca mata undang-undang itu sendiri.

Maksudnya, jika kes ini disebut di dalam mahkamah, segala siasatan polis dianggap sebagai berat sebelah dan tidak mempunyai pemberat sebagai evidence yang sah atau dipercayai.

Secara hipotetikal, Anwar Ibrahim sebenarnya telah terlebih dahulu menghukum pihak berkuasa yang menyiasat kes beliau.

Yang 'kreatif'nya ialah beliau bukannya menghukum anggota-anggota polis peringkat bawahan tetapi ‘direct’ terus ke ketuanya! Bukankah itu dinamakan kreatif ?

Persoalannya sekarang,

1. Berdasarkan kepada laporan polis tersebut, apakah Anwar Ibrahim sebenarnya sedang ‘mengugut’ Ketua Polis Negara Malaysia?

Begitu juga terjadi kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patani di mana Anwar Ibrahim bukannya menghukum orang bawahan di dalam struktur kehakiman negara tetapi ‘direct’ terus ke ketuanya! Sekali lagi:-

1. Bukankah ini dinamakan kreatif dan dalam masa yang sama, berunsur ugutan?

Yang membezakan kes tahun 1998 dengan kes hari ini ialah setakat ini, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patani tidak ‘melompat’ atau pun teruja untuk bermain rentak Anwar Ibrahim. Mereka tidak hilang akal atau pun berdebat secara terbuka.

Tentunya kali ini, TIADA kesan lebam hitam kelihatan di sekitar mata Anwar Ibrahim!

Sebaliknya, kedua-dua 'top guns' tersebut telah menjawap dengan jawapan yang dianggap tidak 'bias' dan tidak bersifat provokasi.

Apa tidaknya, jika Musa Hassan dan Gani Patani tersilap langkah dan terkeluar kenyataan-kenyataan seperti menyangkal atau menafikannya di dalam media, ianya boleh dijadikan ‘bukti’ bahawa pihak yang menjalankan siasatan tersebut adalah bias dan berat sebelah! Bukankah tektik ini juga dinamakan kreatif?

DNA

Satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis ialah penggunaan DNA sebagai bahan bukti di dalam kes Anwar Ibrahim.

Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Pakar forensik dapat menggunakan DNA yang terletak dalam darah, semen, kulit, liur atau rambut yang tersisa di tempat kejadian.

DNA fingerprinting atau pun DNA profiling merupakan satu kaedah sains forensik yang boleh menghubungkaitkan seorang pesalah dengan tempat dan perlakuan yang dilakukan di sana.

Kaedah ini adalah salah satu teknik paling terpercaya untuk mengidentifikasi seorang pesalah, tetapi tidak selalu sempurna.

It is a technique for determining the likelihood that genetic material came from a particular individual or group. 99% of human DNA is identical between individuals, but the 1% that differs enables scientists to distinguish identity.

Pemprofilan DNA dikembangkan pada 1984 oleh pakar genetik Alec Jeffreys dari Universiti Leicester, dan pertama kali digunakan di dalam kes pembunuhan Enderby di Leicestershire, England pada tahun 1988.

DNA samples gathered at a crime scene can be compared with the DNA of a suspect to show whether or not he or she was present. Databases of DNA fingerprints are only available from known offenders, so it isn't yet possible to fingerprint the DNA from a crime scene and then pull out names of probable matches from the general public.

DNA identification must be done by an extraction of DNA from substances such as:

Personal items (e.g. toothbrush, razor, ...)
Banked samples (e.g. banked sperm or biopsy tissue)
Blood kin (biological relative)
Human remains previously identified
Reference samples are often collected using buccal swab

Dan jika kita dapat membayangkan tempat kejadian di kondominium Desa Damansara , turutan untuk mendapatkan bukti mungkin adalah seperti berikut :- tombol pintu masuk, alas kaki, pintu masuk, suis lampu/aircond/tv, kerusi, pintu bilik, alas katil/tilam, tisu, tuala, berus gigi, sikat rambut, baju,seluar, gelas, sudu, garpu dan tong sampah.

Sampel untuk DNA tersebut akan dihantar ke makmal untuk DNA extarction.


Sebagai contohnya di sebelah kiri, DNA yang ditemui di tempat kejadian telah dibandingkan dengan sampel DNA daripada 4 suspek. Dan kita akan lihat suspek no. 3 mempunyai struktur DNA yang sama dengan DNA yang ditemui di tempat kejadian.



Satu perkara yang menarik ialah sebagai contohnya, jika penulis berjabat tangan dengan para surfers sekalian dan ada yang selepas itu masuk ke kondominium Desa Damansara dan memegang tuala atau pun gagang telefon, sel-sel yang mengandungi DNA penulis di tangan surfer itu mungkin boleh tertinggal pada tuala atau pun gagang telefon itu!

Dan jika penulis merupakan salah seorang daripada suspek, DNA tersebut boleh dijadikan sebagai bukti walau pun penulis berada di Pulau Pinang ketika itu!

Akan tetapi,

Forensic DNA is just one of many types of evidence. It is important to examine other clues such as motive, weapon, or additional evidence linking a suspect to the crime scene. The more evidence collected, the less likely it is that samples from a particular suspect were planted, either on purpose or by accident, at the crime scene.

Masaalah timbul apabila sampel DNA tersebut telah dikontaminasikan oleh pelbagai faktor persekitaran. Jika dalam kes ini, DNA yang diextract daripada anal bermungkinan besar telah dikontaminasikan oleh bakteria-bakteria dan degradasi DNA itu sendiri.

The DNA of the microorganisms themselves is really not a problem - it won't show up in tests that are specific for human DNA. The major concern is degradation of the human DNA in the sample that the bugs are literally using as food

Partially degraded DNA must be interpreted carefully by a qualified analyst; if the sample is known to be of poor quality and there is a possibility that part of a pattern has been obscured, a
conclusion of "inconclusive" may be the safest bet.

Once the sample is dried, refrigerated and in the laboratory, the potential for contamination is mostly from other samples undergoing processing at the same time.

The biggest real concern that would actually result in an incorrect DNA type, as opposed to NO type, is a sample switch by the analyst. Until computers can process crime scenes, fully analyze samples and take the witness stand, education, training and good laboratory practice are the best weapons against sample mix-ups.

ALIBI

Seperti yang kita sedia maklum, DS Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai alibi yang kukuh untuk menyangkal segala dakwaan Saiful.

Alibi merupakan satu mode di dalam mahkamah bertujuan untuk menunjukkan bahawa di tertuduh berada di tempat lain di ketika masa kejadian kriminal itu berlaku.

Pada pandangan penulis, DS Anwar Ibrahim tidak akan mempunyai sebarang masaalah untuk mencari alibinya.

Dan berdasarkan kepada ramai yang me'muja' dirinya, kriteria alibi itu boleh di cari atau pun direka-reka.

Yang boleh membezakan sama ada alibi tersebut benar atau pun direka ialah ketajaman gambar di dalam CCTV dan kesahihan keterangan pengawal keselamatan di Kondominium Desa Damansara.

VERDICT : Terpulang kepada surfers sekalian. Kita boleh membuat perbandingan di antara kes tahun 1998 dengan hari ini.

Yang pastinya, walau pun kes tahun 1998 tampak lebih banyak bukti dan ramai saksi-saksinya jika dibandingkan dengan hari ini, dakwaan sodomi telah digugurkan kerana bukti-bukit yang 'inconclusive'. Hari ini?
 Other Articles
 Photo Gallery

 
Renungan Minda
Dari Abdullah bin Aufa r.a, "Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:" Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang." Kemudian baginda berkata:"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:"

Bukhari
 
Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan-Tranungkite.net Protes sejuta rakyat...

Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan...

Campur tangan Setan Besar Amerika Dikecam dalam kes tuduhan Anwar Campur tangan Setan...

Jurucakap US state deparment , Tom Casey telah dengan secara 'direct' memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan sudah...

Misteri hubungan Anwar dan Saiful? Benarkah Wan Azizah menipu? Misteri hubungan Anwar...

Persoalan yang lebih misteri, bagaimanakah mangsa boleh bekerja dengan Anwar dan bagaimanakah cara dia diambil,...

Liberation of International Working group for Anwar in Turkey or (L.I.W.A.T.) Liberation of...

Jika Anwar Ibrahim benar tidak meliwat Saiful Bukhari, mengapa Anwar Ibrahim perlu sembunyikan diri?

Satu Persatu Dipecat Oleh Khalid Satu Persatu Dipecat...

Sambutan 100 hari pemerintahan Khalid juga tidak mendapat sambutan dari ahli ahli PAS. Tidak sampai target 100,000...

If Anwar is not ''PM of Israel'', What Then? If Anwar is not ''PM of...

Denying he is the Prime Minister of Israel does not change the fact that he has strong affiliation with the Americans...

 
Dana Neo Konservatif - Khas buat Anwar dan PKR Dana Neo Konservatif -...

“Saya tak akan berjanji kalau saya tak dapat menunaikan”...

'Main-Main Topeng' 'Main-Main Topeng'

Saya kira PAS berada dalam kedudukan penting sebagai poros...

100 Hari PKR di Selangor: Pena Ajaib Siapa Yang Berdakwat? 100 Hari PKR di...

Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim. 100 hari Pakatan Rakyat...

Tuntutan Ke-8 IFC Berjaya Tuntutan Ke-8 IFC...

Inilah padahnya membiarkan PKR memerintah Selangor, selepas...

Dr. Mahathir: Harga Minyak Dr. Mahathir: Harga...

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu...

Harga Minyak : Cara Pak Lah Selesaikan Masalah Harga Minyak : Cara Pak...

Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak dapat menyelesaikan...

Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT Meraikan Dr. A Hamid...

Di Amerika, kumpulan IIIT dikenali sebagai pelopor...

Anwar Ibrahim - bahaya kepada bangsa, agama dan negara? Anwar Ibrahim - bahaya...

Dalam keadaan perjuangan Hindraf, dalam keadaan menuntut...

Betulkah Anwar Agent Yahudi ? Betulkah Anwar Agent...

Kata Rocky's ". I was the editor of Business Times....

Hadi Jadi PM ? Hadi Jadi PM ?

Di mana pula kedudukan Nik Aziz? Apakah Nik Aziz akan...

 

 Mymassa.com  Copyright © 2007-2008 Mymassa.com. | Terms of Use for our Site, | Terms of Use for web and Privacy Policy and Safety Information/ All rights reserved.
Anda adalah pengunjung : Terima Kasih dari Mymassa.com
Hantarkan pendapat dan pandangan anda di massavoice@yahoo.com