WebSite  
 
Home Page > Malaysia

Kedudukan Melayu bagai telur di hujung tanduk

Sat, 09 Aug 2008 22:54:00
5 / 5 (1 Votes)
Article by:
Sutradari
Tindakan ADUN Canning mengeksploitasi ayat suci Al-Quran bagi kepentingan politik merupakan satu tindakan kurang ajar dan menghina kesucian Kalamullah.
Setuju
Tidak setuju

Selagi kuasa tertinggi negara ada di tangan Abdullah Badawi, gabungan seluruh Parti politik yang ada sekalipun tidak akan memulihkan negara.  

Begitu juga selagi kuasa tertinggi Melayu dipegang oleh Abdullah Badawi, gabungan UMNO-PAS dan seluruh pertubuhan politik dan bukan politik Melayu juga tidak akan membawa apa-apa perubahan.  Itulah hakikat yang amat sukar ditelan oleh Abdullah Badawi. 

Sukar sungguh dia mengakui bahawa semua permasalahan yang melanda Melayu dan negara hari ini tidak akan terjadi jika dia bukan Perdana Menteri.  

Kadar inflasi tidak akan melambung tinggi mendadak jika Abdullah Badawi ini lebih peka dan bijak dalam soal ekonomi dan tidak terlalu mengharap kepada nasihat budak-budak hingusan dari Oxbridge.

Penyokong UMNO tidak akan berpaling tadah jika tidak kerana marahkan Abdullah Badawi. 

Penyokong senyap tidak akan memilih untuk tidak keluar mengundi pada PRU yang lepas jika tidak kerana bencikan Abdullah Badawi.

Penyokong UMNO tidak akan marah dan penyokong senyap tidak akan benci kepada Abdullah Badawi jika tidak kerana Kamaluddin-SCOMI atau Khairy-ECM Libra atau Singapura-jambatan bengkok, Pantai Holdings atau Patrick Badawi-Monsoon Cup, Masjid Kristal atau MV Agusta atau percubaan memburukkan Tun Dr. Mahathir. 

Penyokong MCA dan MIC juga tidak akan berpaling tadah dari BN jika tidak kerana sebab yang sama. 

Rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada kerajaan jika Abdullah Badawi tidak melantik pesalah, perasuah dan mereka-mereka yang ditolak dan kalah bertanding sebagai Menteri Kabinetnya. 

Melayu tidak akan lemah jika Abdullah Badawi tidak mendengar cakap minoriti pembangkang untuk merubah sistem kehakiman yang sebenarnya tidak ada cacat cela. 

Melayu tidak akan menjadi lemah jika Abdullah Badawi tidak menyebabkan BN lemah sehingga Parti anti Melayu seperti DAP menjadi kuat.

Negara tidak akan berhadapan dengan masalah peribadi Anwar Ibrahim jika Abdullah Badawi tidak melepaskan Anwar sekaligus memberikan bantuan pernafasan kepada PKR.

Anwar Ibrahim tidak akan meliwat lagi atau mengumumkan untuk bertanding di Permatang Pauh hari ini jika Abdullah Badawi tidak melepaskannya. 

Nama Malaysia tidak akan buruk di mata pelabur jika tidak kerana rasuah peringkat tertinggi oleh Perdana Menteri Malaysia, anak beranak dan rakan-rakan yang sedia diketahui umum. 

Nama Malaysia tidak akan menjadi bahan jenaka jika tidak kerana Abdullah Badawi, Perdana Menterinya yang diketahui dunia sebagai sibodoh kaki tidur. 

Pendek kata, semua masalah ini tidak akan wujud dan negara, UMNO serta Melayu tidak akan menjadi begitu lemah jika tidak kerana Abdullah Badawi.  Tanpa Abdullah Badawi, rancangan untuk bermuzakarah atau bergabung dengan mana-mana Parti Melayu adalah tidak perlu sama sekali. 

Kerana itulah Abdullah Badawi perlu segera disingkirkan.  Seminit lagi kuasa ada padanya, selangkah lagilah kita menuju ke arah kemusnahan total. 

Kerana itulah juga segala usaha untuk menyatupadukan Melayu, memperkasakan Melayu, mengembalikan kegemilangan Malaysia akan sia-sia selagi kuasa tertinggi masih ada pada manusia yang bernama Abdullah Badawi.

Apapun hujah para pemimpin UMNO untuk mengekalkan Abdullah Badawi sehingga 2010 (jika boleh dipercayai), mereka sebenarnya cuma ada dua pilihan iaitu ‘Kehilangan kuasa sekarang kerana menentang Abdullah Badawi’ lalu mencuba memulihkan UMNO atauKehilangan kuasa dalam pilihanraya akan datang melalui kekalahan BNlalu menghancurkan terus kuasa Melayu

Pilihan di tangan mereka, samada untuk kehilangan kuasa sekarang atau dalam pilihanraya yang akan datang.  Malangnya, mereka nampaknya telah memilih untuk ‘Kehilangan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang melalui kekalahan BN’ sekaligus memusnahkan bangsa mereka sendiri. 

Untuk itu, tiada kata lagi yang dapat diungkapkan.  Terasa begitu hina bangsa Melayu itu kerana pemimpinnya yang keterlaluan gilakan kuasa.  Terasa begitu jijik Melayu itu kerana masih berpolitik ketika nyawa bangsa kita kini bagaikan telur dihujung tanduk.  Tidak pernah saya merasa hina dan jijik sebegini apabila mengaku diri sebagai Melayu. 

Jika dahulu UMNO yang membela Melayu, kini UMNO jugalah yang memusnahkan Melayu.  Semuanya kerana Abdullah Badawi yang lemah, tidak berkemampuan, tamak serta tegar tidak mahu berundur. 

Seorang tua di kampung saya berkata bahawa Abdullah Badawi telah benar-benar membawa sial dan kecelakaan kepada bangsa dan negara.  Tetapi, saya lebih percaya bahawa bangsa Melayu yang sebenarnya membawa sial kepada diri sendiri. 

Mungkinkah sial dan kecelakaan ini sebenarnya adalah bala dan pengajaran agar Melayu bangun memperbaiki diri di masa hadapan?  Apakah bangsa melayu itu hanya akan mampu memperbaiki diri setelah mereka memusnahkan diri mereka secara secara total?  Akan ada lagikah Melayu selepas itu?  Jika ada, apakah mereka akan mewarisi sikap tamak haloba, dengki khianat, dendam kesumat serta malas berfikir yang ada pada Melayu hari ini?  Apakah mereka akan mengulangi semuanya sekali lagi?
 Other Articles
 Photo Gallery

 
Renungan Minda
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Surah At-Taubah, Ayat 8
Capaian MyMassa
PKR julang perbuatan zina! PKR julang perbuatan...

“Pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi...

Habuan seks seperti sedekah - Fatwa baru PKR ? Habuan seks seperti...

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar...

Usaha terakhir menutup malu Anwar Usaha terakhir menutup...

Ramai orang melihat dalam usaha beliau mahu menjadi Perdana Menteri, beliau akan berusaha dan sanggup untuk melakukan...

Pas terus diperbodohkan Anwar-DAP Pas terus diperbodohkan...

Jawatankuasa Disiplin PKR menyifatkan tindakan Zulkifli Nordin sebagai agresif dan bertentangan dengan pendirian parti....

Kuan Yew Mentertawakan Rakyat Malaysia Kuan Yew Mentertawakan...

"...However Anwar has refused to give the police his DNA which could prove innocence. Instead he made...

16 Sept - Siapa yang tumbang sebenarnya? 16 Sept - Siapa yang...

Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya...

 
Hadiah untuk orang Melayu Penang daripada Pakatan Rakyat Hadiah untuk orang...

Di India pun, kuil-kuil dibina berdasarkan jumlah komposisi...

Pendekatan Praxis dan Politik PAS: Siapa Kena Laga? PAS dalam dilemma Pendekatan Praxis dan...

Kita tidak menafikan tok-tok guru ini pandai agama, Tuhan...

Apa kaitan US dengan Pakatan Rakyat? Apa kaitan US dengan...

Apa alasan Amerika Syarikat untuk menjadi biadab dengan...

Serangan 11 September Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) Serangan 11 September...

Gerakan perlu menyedari bahawa dengan penjajahan British ke...

Anwar Ibrahim...penipu, pengkhianat, perosak bangsa! Anwar Ibrahim...penipu,...

Jika dia peramal yang tepat sudah lama dia jadi Perdana...

Maafkan kami ca ya nun alif... Maafkan kami ca ya nun...

I am not defending nor do I like what Ahmad Ismail of Bukit...

16 September hari hancurnya umat Islam-Melayu di Malaysia? 16 September hari...

"Sulit bagi orang lain tetapi tidak lagi sulit bagi...

Perjanjian Anwar dan penaja, jika jadi PM 16 September.. Perjanjian Anwar dan...

Anwar sudah berjanji sekiranya beliau menjadi PM, langkah...

Bilakah DAP Hendak Minta Maaf? Bilakah DAP Hendak...

Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen...

Anwar Ibrahim dan Kondrad Adeneur Foundation (KAF) Anwar Ibrahim dan...

Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987,...

 

 Mymassa.com  Copyright © 2007-2008 Mymassa.com. | Terms of Use for our Site, | Terms of Use for web and Privacy Policy and Safety Information/ All rights reserved.
Anda adalah pengunjung : Terima Kasih dari Mymassa.com
Hantarkan pendapat dan pandangan anda di massavoice@yahoo.com