WebSite  
 
Home Page > Malaysia

Anwar Akan Pertahankan Guan Eng?

Tue, 12 Aug 2008 05:59:00
Article by:
AZRINIZAM IBRAHIM
Tindakan ADUN Canning mengeksploitasi ayat suci Al-Quran bagi kepentingan politik merupakan satu tindakan kurang ajar dan menghina kesucian Kalamullah.
Setuju
Tidak setuju

 

(Khalid umumkan UiTM 10% untuk bukan bumiputera. Apakah ini petanda Khalid dipengaruhi oleh Guan Eng dan Kit Siang?). Guan Eng pernah tolak cadangan Pemuda PAS untuk laksanakan pemerintahan Islam di negeri negeri Pakatan Rakyat. Ini petanda Guan Eng tidak suka cara PAS? Guan Eng juga tidak lantik pun Exco PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Biarpun hanya seorang sahaja ADUN PAS Permatang Pasir yang menang, tetapi dia tidak dilantik pun. Apakah Guan Eng diskriminasikan wakil rakyat PAS?

Guan Eng menyokong mengenakan tindakan disiplin terhadap Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) kerana menyertai protes terhadap forum “Memeluk Islam” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ianya bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno". Tidakkah tindakan Guan Eng ini seolah olah mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Salehuddin Ayub dan Zulkifli Nordin memprotes tindakan Majlis Peguam atas kapasiti dia sebagai orang Islam. Berhak bagi dia mempertahankan agamanya.

(Gambar: Apakah Anwar akan pertahankan kenyataan Guan Eng membela Forum “Memeluk Islam”?)

Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) mendakwa kenyataan Dato’ Seri Najib berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot." Guan Eng menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bila menyatakan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur forum.

Apakah Guan Eng lupa bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang juga disumbangkan oleh pengundi pengundi Islam dari PAS? Apakah Anwar juga sanggup berdiam diri membiarkan tindakan kurang ajar Guan Eng semata mata mahukan undi DAP di Permatang Pauh? "Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang. Lupakah Guan Eng bahawa Anwar dipenjarakan dulu atas dakwaan rasuah?

Apakah Anwar juga mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Sebagai seorang yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat, apakah Anwar akan menegur tindakan Guan Eng? Siapa yang main dengan isu agama sebenarnya? Bukankah orang itu ialah Guan Eng sendiri? Siapakah yang mansuhkan DEB di Penang, bukankah Guan Eng dan ayahnya yang mansuhkan? Anwar tak tegur ke? Biarkan sahaja nasib orang Melayu dipermainkan DAP?

Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum "Memeluk Islam" diadakan berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A)."Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang" kata Anwar. Bolehkah perbincangan tentang soal agama kita diperbincangkan sebegitu? "Saya rasa sebagai strategi" kata Anwar. Apakah forum ini sengaja diadakan sebagai salah satu strategi Anwar untuk menang di Permatang Pauh? Sanggup Anwar buat begitu semata mata hanya untuk berkuasa sahaja.

Khalid Ibrahim Cadang UiTM 10% Bukan Bumiputera
(Gambar 1: Apakah ada satu perjanjian antara Khalid dan Teresa Kok untuk membolehkah 10% bukan bumiputera masuk dalam UiTM?). Pada 9 Ogos 2008, Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar UiTM. Khalid menyatakan ianya wajar dan tepat untuk melahirkan warga UiTM yang lebih berdaya saing.

(Gambar 2: Ronnie Liu (Exco DAP Kerajaan Selangor) sedang merayu sesuatu kepada Khalid. Apakah Khalid mudah tunduk dengan rayuan DAP? Jika begitu siapa jadi MB sebenarnya?). ''UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat," kata Khalid Ibrahim selepas menyertai 'Fun Walk' anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 9 Ogos 2008.

Selepas meluluskan RM100 juta untuk membina rumah banglo dan teres En B di Sepang. Selepas Xavier mencadangkan pembinaan rumah ibadat bukan Islam melebihi 0.4 hektar dan melebihi 10,000 kaki persegi. Selepas Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam gereja Katholik. Kini Khalid mencadangkan pula UiTM dibuka 10% kepada bukan bumiputera. Adakah cadangan Khalid ini lebih berbentuk gula gula politik untuk menarik sokongan orang orang bukan bumiputera? Tidak sampai setahun berkuasa, sudah bermacam macam perkara yang menghakis kepentingan bangsa dan agama dilakukan oleh PKR. Sebelum habis penggal pemerintahan, entah apa lagi akan dicadangkan nanti.


 
 Other Articles
 Photo Gallery

 
Renungan Minda
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Surah At-Taubah, Ayat 8
Capaian MyMassa
PKR julang perbuatan zina! PKR julang perbuatan...

“Pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi...

Habuan seks seperti sedekah - Fatwa baru PKR ? Habuan seks seperti...

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar...

Usaha terakhir menutup malu Anwar Usaha terakhir menutup...

Ramai orang melihat dalam usaha beliau mahu menjadi Perdana Menteri, beliau akan berusaha dan sanggup untuk melakukan...

Pas terus diperbodohkan Anwar-DAP Pas terus diperbodohkan...

Jawatankuasa Disiplin PKR menyifatkan tindakan Zulkifli Nordin sebagai agresif dan bertentangan dengan pendirian parti....

Kuan Yew Mentertawakan Rakyat Malaysia Kuan Yew Mentertawakan...

"...However Anwar has refused to give the police his DNA which could prove innocence. Instead he made...

16 Sept - Siapa yang tumbang sebenarnya? 16 Sept - Siapa yang...

Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya...

 
Hadiah untuk orang Melayu Penang daripada Pakatan Rakyat Hadiah untuk orang...

Di India pun, kuil-kuil dibina berdasarkan jumlah komposisi...

Pendekatan Praxis dan Politik PAS: Siapa Kena Laga? PAS dalam dilemma Pendekatan Praxis dan...

Kita tidak menafikan tok-tok guru ini pandai agama, Tuhan...

Apa kaitan US dengan Pakatan Rakyat? Apa kaitan US dengan...

Apa alasan Amerika Syarikat untuk menjadi biadab dengan...

Serangan 11 September Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) Serangan 11 September...

Gerakan perlu menyedari bahawa dengan penjajahan British ke...

Anwar Ibrahim...penipu, pengkhianat, perosak bangsa! Anwar Ibrahim...penipu,...

Jika dia peramal yang tepat sudah lama dia jadi Perdana...

Maafkan kami ca ya nun alif... Maafkan kami ca ya nun...

I am not defending nor do I like what Ahmad Ismail of Bukit...

16 September hari hancurnya umat Islam-Melayu di Malaysia? 16 September hari...

"Sulit bagi orang lain tetapi tidak lagi sulit bagi...

Perjanjian Anwar dan penaja, jika jadi PM 16 September.. Perjanjian Anwar dan...

Anwar sudah berjanji sekiranya beliau menjadi PM, langkah...

Bilakah DAP Hendak Minta Maaf? Bilakah DAP Hendak...

Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen...

Anwar Ibrahim dan Kondrad Adeneur Foundation (KAF) Anwar Ibrahim dan...

Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987,...

 

 Mymassa.com  Copyright © 2007-2008 Mymassa.com. | Terms of Use for our Site, | Terms of Use for web and Privacy Policy and Safety Information/ All rights reserved.
Anda adalah pengunjung : Terima Kasih dari Mymassa.com
Hantarkan pendapat dan pandangan anda di massavoice@yahoo.com