WebSite  
 
Home Page > Malaysia

Haji Hadi Mahu Keluar Dari Pakatan Rakyat

Wed, 13 Aug 2008 03:22:00
5 / 5 (1 Votes)
Article by:
Azrinizam Ibrahim
Tindakan ADUN Canning mengeksploitasi ayat suci Al-Quran bagi kepentingan politik merupakan satu tindakan kurang ajar dan menghina kesucian Kalamullah.
Setuju
Tidak setuju

 

(Gambar: Haji Hadi mula sangsi dengan keakraban Anwar dan Kit Siang. Apakah Kit Siang akan jadi pilihan Anwar untuk kerusi no. 2?) Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir. Haji Hadi menyatakan demikian di ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Pulau Pinang pada 11 Ogos 2008. Sekiranya komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara maka PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

(Gambar: Blogger DAP sudah jadi Ahli Parlimen di Penang. PAS yang bantu siang malam kempen tidak dilantik pun jadi EXCO di Penang). Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang), berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Haji Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau. Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji” kata Mohamed Hafiz. Pemuda PAS Penang berani lawan DAP?

(Gambar: Lihatlah bagaimana reaksi muka Fairus. Dihimpit oleh Kit Sing dan Ramasamy ke tepi. Inilah realitinya nasib Melayu di Penang. Dihimpit sampai ke tepi). “Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain. Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” kata Mohamed Hafiz lagi. Beranikah Pemuda PAS lawan cakap Guan Eng di Penang?

(Gambar: YB Mohamad Hamdan (ADUN PAS Permatang Pasir) tidak dilantik pun sebagai Exco. PAS menang satu sahaja. Inikah namanya Pakatan?) Sedarkah Mohamed Hafiz bahawa di Pulau Pinang, DAP sudah pun meminggirkan Islam sendiri bila memansuhkan DEB, tulisan papan tanda Cina dan Teresa Kok minta perlahankan azan di Selangor. Lebih pedih lagi bila meminggirkan YB Mohamad Hamdan (ADUN Permatang Pasir) selaku Exco Kerajaan Negeri. Ada jaminankah DAP tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri nanti? Baru menang 82 kerusi pun sudah berbagai hal dan perkara dibuat oleh DAP (tanpa merujuk terlebih dahulu kepada PAS), inikan pula bila sudah jadi kerajaan.

Baru baru ini, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Fairus (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) membawa satu rombongan ke luar negara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada DAP. Fairus juga dipertikaikan kerana menggunakan kad minyak kereta Exco pada kereta sendiri. Siapa dengki kepada Exco Islam Penang, kalau tidak DAP? Wakil Rakyat PAS, Exco pun tidak dilantik. DAP tidak pandang dan tidak hargai pun jasa PAS di Pulau Pinang. Orang PAS masih tidak sedar lagi kah? Baguslah kalau Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR Bandar Bharu Kulim) sudah sedar bila bergaduh dengan Latheefa Koya (Peguam Anwar, Ahli Majlis MPT PKR) ketika penganjuran Forum "Memeluk Islam". Latheefa Koya sama seperti bosnya, mempertahankan juga penganjuran forum tersebut.
 Other Articles
 Photo Gallery

 
Renungan Minda
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Surah At-Taubah, Ayat 8
Capaian MyMassa
PKR julang perbuatan zina! PKR julang perbuatan...

“Pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi...

Habuan seks seperti sedekah - Fatwa baru PKR ? Habuan seks seperti...

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar...

Usaha terakhir menutup malu Anwar Usaha terakhir menutup...

Ramai orang melihat dalam usaha beliau mahu menjadi Perdana Menteri, beliau akan berusaha dan sanggup untuk melakukan...

Pas terus diperbodohkan Anwar-DAP Pas terus diperbodohkan...

Jawatankuasa Disiplin PKR menyifatkan tindakan Zulkifli Nordin sebagai agresif dan bertentangan dengan pendirian parti....

Kuan Yew Mentertawakan Rakyat Malaysia Kuan Yew Mentertawakan...

"...However Anwar has refused to give the police his DNA which could prove innocence. Instead he made...

16 Sept - Siapa yang tumbang sebenarnya? 16 Sept - Siapa yang...

Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya...

 
Hadiah untuk orang Melayu Penang daripada Pakatan Rakyat Hadiah untuk orang...

Di India pun, kuil-kuil dibina berdasarkan jumlah komposisi...

Pendekatan Praxis dan Politik PAS: Siapa Kena Laga? PAS dalam dilemma Pendekatan Praxis dan...

Kita tidak menafikan tok-tok guru ini pandai agama, Tuhan...

Apa kaitan US dengan Pakatan Rakyat? Apa kaitan US dengan...

Apa alasan Amerika Syarikat untuk menjadi biadab dengan...

Serangan 11 September Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) Serangan 11 September...

Gerakan perlu menyedari bahawa dengan penjajahan British ke...

Anwar Ibrahim...penipu, pengkhianat, perosak bangsa! Anwar Ibrahim...penipu,...

Jika dia peramal yang tepat sudah lama dia jadi Perdana...

Maafkan kami ca ya nun alif... Maafkan kami ca ya nun...

I am not defending nor do I like what Ahmad Ismail of Bukit...

16 September hari hancurnya umat Islam-Melayu di Malaysia? 16 September hari...

"Sulit bagi orang lain tetapi tidak lagi sulit bagi...

Perjanjian Anwar dan penaja, jika jadi PM 16 September.. Perjanjian Anwar dan...

Anwar sudah berjanji sekiranya beliau menjadi PM, langkah...

Bilakah DAP Hendak Minta Maaf? Bilakah DAP Hendak...

Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen...

Anwar Ibrahim dan Kondrad Adeneur Foundation (KAF) Anwar Ibrahim dan...

Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987,...

 

 Mymassa.com  Copyright © 2007-2008 Mymassa.com. | Terms of Use for our Site, | Terms of Use for web and Privacy Policy and Safety Information/ All rights reserved.
Anda adalah pengunjung : Terima Kasih dari Mymassa.com
Hantarkan pendapat dan pandangan anda di massavoice@yahoo.com