Gambar sebuah pajero yang memaparkan gambar pemimpin pemimpin seluruh dunia termasuklah gambar George W Bush (Presiden Amerika Syarikat) dan Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat). Mengapa perlu ada gambar Bush dan Al Gore di kenderaan yang menyokong Anwar ini?
Apakah ini petanda bahawa Amerika Syarikat merestui Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh? Pelik, kenapa samakan Anwar dengan pemimpin pemimpin seperti Bush dan Al Gore? Kenderaan ini dengan bangganya melalui jalan jalan di sekitar Permatang Pauh. Pelik juga ada orang Melayu yang sokong sama tindakan meletakkan gambar Bush dan Al Gore di kenderaan tersebut.
Bukankah Bush dikenali dalam dunia Islam sebagai penjenayah perang nombor satu di Iraq dan Afghanistan yang telah membunuh ramai umat Islam. Sebagai seorang Islam, mengapa Anwar perlu berbangga dirinya dikaitkan dengan Bush dan Al Gore (seorang yang berbangsa Yahudi). Apakah ini petanda bahawa Bush menolong Anwar secara tidak langsung di Permatang Pauh?Malahan menurut Dato' Md. S**d yang merupakan bekas pegawai peribadi Anwar dan juga antara yang disebut-sebut sebagai calon yang bakal bertanding pada pilihanraya kecil ini pernah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim sebelum ini cuba memujuknya untuk menggunakan akaun syarikat pembinaan miliknya bagi melakukan pemindahan dana pilihanraya yang besar daripada luar negara yang dikatakan lebih RM500 juta melalui Citibank yang diketahui umum dimiliki oleh yahudi-Zionis! Apakah ini tidak mampu lagi untuk membuka mata kita orang Melayu-Islam? Terasa sangat pilu apabila melihat beberapa anak Melayu yang diketahui beragama Islam seronok dihenyak dan dibelasah oleh penyokong Keadilan Melayu, India dan DAP Cina, sedangkan dalam masa yang sama beberapa pakcik yang berkopiah putih terhangguk-hangguk menari mengikut gendang Hindu Hindraf! Subhanallah!















