|
PKR - Dajjal bermata satu yang menjana kepada penjajahan semula negara!
PKR - Dajjal bermata satu yang menjana penjajahan semula negara! |
 Di Malaysia, t-shirt berwarna kuning dipakai oleh demonstran BERSIH ketika Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 untuk membantah sistem pilihan raya yang dikatakan tidak adil di hadapan Istana Negara. Apabila menang di lima buah negeri, segalanya seolah bersih bagi BERSIH. Tiada nampak lagi peranan aktif BERSIH dan Malaysian For Free Election (MAFREL) bila pembangkang menang. BERSIH bertukar jadi PROTES dan memakai baju berwarna merah pula. Yang untungnya ialah DAP. Mereka tidak turun pun berdemonstrasi tetapi menang banyak kerusi hasil usaha keras ahli ahli PAS.
 Di Thailand para demonstrator memakai t-shirt kuning (gambar) untuk menjatuhkan Samak Sundaravej (Perdana Menteri Thailand). T-Shirt kuning dipakai kerana melambangkan raja. Protestor telah berkumpul mendesak Samak meletak jawatan. Malah laluan airport di Krabi dan Hadyai turut dihalang. Apakah secara kebetulan t-shirt para demonstrasi di Malaysia dan Thailand mempunyai warna yang sama iaitu kuning? Tujuan demonstrasi ini juga sama. Kedua-duanya diadakan untuk mewujudkan krisis keyakinan yang besar pada kerajaan.
(Gambar: Paparan laman web Freidrich Naumann Foundation (FNF) mengenai 10 buah negara yang memberi layanan buruk pada pelarian termasuklah Thailand dan Malaysia). Mengapa Thailand dan Malaysia menjadi sasaran laporan hak asasi manusia ini? Apakah layanan hak asasi di Teluk Guantanamao baik belaka?
 FNF beribu pejabat di Thailand di alamat No. 29 BBC Tower, 25th Floor, Sukhumvit 63 Road. FNF pernah berkunjung ke Malaysia untuk program latihan di Hotel Micasa pada 11 Jun 2006, Hotel Istana pada 13 Julai 2005 dan di Hotel Sheraton Imperial pada bulan November 2006. FNF juga pernah menaja satu program Menjana Tenaga Kemenangan, MTK di Melaka pada 11 Mac 2007 (gambar). Sungguh komited sekali FNF menaja dan mengambil tahu hal ehwal politik di Malaysia dan Thailand, sedangkan FNF ini berasal daripada Jerman. Ada apa-apa yang diharapkan sebagai balasan oleh FNF?
 Apa yang menarik FNF memberi ruang dan fokus yang besar terhadap Anwar Ibrahim. Kenyataan dan paparan video mengenai Anwar dipaparkan dalam laman FNF. Apakah ini ada kaitan dengan pertemuan Anwar dengan Dr. Otto Graff Lambsdorff (Presiden FNF, gambar) di Munich Jerman pada Oktober 2004? Jika begitu, apakah sebenarnya yang dirancang pada 16 September nanti? Kerajaan baru atau akan ada perhimpunan "kuning" sekali lagi di Kuala Lumpur bagi mendesak Perdana Menteri turun sebagaimana yang berlaku di Thailand. Ada tangan tangan tersembunyi di sebalik semua ini?
(Gambar: Siapa nasihati Nizar sebenarnya?) Pada 27 Jun 2008, Nizar Jamaluddin (MB Perak) ketika menggulung usul dalam Dewan Undangan Negeri bercadang memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru. Nizar berkata "rasional untuk memberi hak milik kekal selama 999 tahun dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara".
Pada 31 Ogos 2008, Nizar bercadang untuk memberikan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Menurut laporan akhbar cina tersebut, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut mengusahakan tanah berkenaan untuk mendapat pendapatan tambahan bagi membiayai kos pentadbiran sekolah. Nizar berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.
(Gambar: Sekolah pondok wajar mendapat habuan yang sama oleh Nizar). Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri Perak (campuran PAS, DAP dan PKR) memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah terbabit bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut.
Apakah tindakan Nizar ini dipengaruhi oleh mana-mana EXCO DAP? Atau sebagai umpan untuk memastikan exco-exco DAP memuji Nizar sebagai seorang yang baik hati? Bagus juga ada cadangan agar Nizar memberikan tanah yang sama untuk sekolah sekolah pondok. Jika ikut prinsip keadilan, sekolah pondok wajar mendapat hak yang sama. Lagipun di sekolah pondok ramai yang sokong Nizar.
Pada 25 Ogos lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perdagangan Perak, ADUN PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Exco Perlancongan, Modal Insan dan NGO, ADUN PKR Changkat Jering) masing-masing dituduh menerima sogokan berjumlah RM5,000 dan RM100,000 daripada seorang individu sebagai imbuhan untuk mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan projek perumahan seluas 54 hektar tanah di Seri Iskandar. Kini, 400 hektar pula diberikan.
 Inilah tempat tumpah darah kita. Tanahair kita. Sebuah negara yang bernama Malaysia. Usia kemerdekaannya baru 51 tahun. Tanah ini pernah dijajah 446 lamanya oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pernah juga terima ancaman dari Bintang Tiga. Akhirnya kita merdeka sebagai sebuah negara yang berdaulat. Daripada sebuah negara pertanian dan kurang dikenali di peringkat antarabangsa, Malaysia sekarang mempunyai reputasi yang tersendiri di mata dunia. Dalam dunia Islam, Malaysia adalah antara sebuah negara contoh ketika negara-negara Islam lain di ambang konflik, peperangan dan permasalahan politik. Sebuah negara Islam yang dianggap kuat seperti Iraq dan Iran, sekarang di ambang konflik. Negara yang kaya dengan minyak di Timur Tengah, kebanyakannya sudah pun dikuasai secara tidak langsung oleh barat. Negara yang ramai umat Islam di Indonesia dan Bangladesh, sedang diserang dengan krisis ekonomi. Jadi jika diberikan peta dunia kepada anda. Kemudian, sila tunjuk mana negara Islam yang aman, kuat dan kondusif untuk didiami, apakah negara tersebut?  Di Malaysia, jika kita tidak puas hati kepada sesuatu maka pilihlah seorang wakil untuk suarakan hak kita itu ke Parlimen. Semuanya akan dibahas dan dibincang secara tuntas di Parlimen. Inilah medan untuk suara rakyat diperbahaskan. Jangan jadikan medan lain sebagai wadah. Inilah tempat yang sah, cara yang sah dan diberi mandat oleh rakyat. Gunakanlah demokrasi ini dengan cara yang betul.
(Gambar: Logo kemerdekaan ini telah diterjemahkan dengan cara lain oleh blogger yang tidak bertanggungjawab). Meraikan kerana negara kita bebas dari penjajah hanya kira kira 51 tahun yang lepas. Jika dibandingkan dengan tahun kita dijajah, jumlahnya lebih besar iaitu sejumlah 446 tahun lamanya. Generasi muda yang melaungkan takbir merdeka pertama bersama Tunku Abdul Rahman kini sudah di ambang usia senja. Siapa lagi yang akan meneruskan usaha mempertahankan negara ini? Mencapai merdeka sudah dilakukan, kerja yang perlu diteruskan sekarang ialah mempertahankan kemerdekaan. Usaha ini mesti diteruskan oleh generasi muda sekarang. Ada yang sanggup? Tanpa mengira apa juga baju politik yang dipakai, seseorang itu harus cinta dan patriotik kepada negaranya. Kita tidak mahu ada antara warganegara Malaysia yang sanggup menterbalikkan bendera Malaysia sebagai simbolik menyambut kemerdekaan. Ada seorang penyokong fanatik pembangkang menyatakan bahawa dia menterbalikan bendera tersebut kerana katanya warna "biru" yang melambangkan perpaduan sudah tiada lagi di negara ini. Dia begitu marah pada kerajaan dan UMNO. Sebagai balasan kepada itu, dia menterbalikkan bendera Malaysia. Tindakan brader tersebut memang kurang wajar. Tetapi siapakah yang mengajar dan mengesyorkan agar bendera Malaysia diterbalikkan? (Gambar: Salah sebuah rumah yang menggantung bendera Malaysia secara terbalik. Tindakan kurang ajar ini seolah dihalalkan oleh pembangkang). Inilah masalahnya bila mencampur adukan emosi pada tempat yang tidak sepatutnya. Malaysia malang jika memiliki generasi muda yang pengecut dan tidak ada identiti diri seperti yang selalu datang menziarahi ruangan komen di sini. Mereka gagal membezakan antara yang batil dan hak. Semuanya dikatakan fitnah dan karut. Menggunakan kata kesat dan carut sebagai balasan hujah. Inikah budaya yang hendak diwarisi pada era merdeka ini? Ektrems dan perasaan taksub yang teramat sangat menjadikan kebatilan ditelan sebagai perkara yang benar. Hinggakan bila bendera diterbalikkan pun, tidak ada seorang anak jantan dari pembangkang yang berani melarang apa yang telah dilakukan oleh ahli ahli mereka. Mungkin mereka ini sengaja dan suka melihat bendera negara diterbalikan. Jika negara ini digadai dan dijajah secara tidak langsung sekali lagi pun mereka tidak kisah. Tahun lepas, Namewee hina lagu Negaraku. Bendera dibakar di Batu Buruk Terengganu, kini bendera pula ditebalikkan. Esok lusa apa lagi hendak dibuatnya.  Moga moga sikap sebegini ditinggalkan oleh mereka-mereka yang berkenaan, kerana perjuangan mempertahankan negara ini masih jauh dan berliku. Ianya perlukan pengorbanan bukan hanya meminta sesuatu untuk memuaskan kehendak diri sendiri semata mata. Jika ada titik pertemuan dan muafakat, maka teruskanlah bermuzakarah demi kebaikan ummah. Terima kasih ke atas pejuang-pejuang negara yang terdahulu. Keringat dan nyawa mereka korbankan untuk kemerdekaan hari ini. Al-Fatihah untuk mereka. Amin.
Azrinizam Ibrahim
| |
| |
|