Wajarkah Pas kita sokong?
Wajarkah Pas kita sokong?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang...

Niat Licik Disebalik...
Niat Licik Disebalik...

Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai...

Alhamdulillah! Wahid...
Alhamdulillah! Wahid...

YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih...

Sambil yahudi...
Sambil yahudi...

Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary...

Sambil yahudi...
Sambil yahudi...

Anwar tidak gembira dengan monopoli dan kedudukan...

REVOLUSI 1699....
REVOLUSI 1699....

anak muda itu tunduk malu tidak mengangkat...

Anwar Ibrahim; Kepala...
Anwar Ibrahim; Kepala...

Tapi bagaimanakah pemimpin Islam dan berakhlak...

GEMPAR!!! VIDEO ANWAR...
GEMPAR!!! VIDEO ANWAR...

Tidak ada jalan lain bagi Anwar Ibrahim untuk...

Bangsa Pemakan Babi...
Bangsa Pemakan Babi...

Tindakan menggantung kepala babi selain...

Ahli Parlimen PAS...
Ahli Parlimen PAS...

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen...


WebSite  
 
Sun, 14 Sep 2008 20:03:00
 


Apa kaitan US dengan Pakatan Rakyat?

Apa kaitan US dengan Pakatan Rakyat?

Ini Malaysia bukan Amerika Syarikat !


Ini Malaysia bukan Amerika Syarikat !

Saturday, 13 September 2008
APA hal dengan Amerika Syarikat ni? Segala yang berkaitan dengan Malaysia mahu campur tangan? Apa tujuannya? Siapa pula yang menjadi “balaci” mereka di Malaysia ini? Apa pentingnya Teresa Kok, Raja Petra ataupun Anwar Ibrahim kepada mereka? Apakah sikap kurang ajar mereka kepada beberapa buah Negara dalam dunia mahu dihalakan ke Malaysia pula? Adakah tidak cukup membiarkan Negara-negara lain sengsara, hilang ketuanan, kebulur rakyatnya, berpindah randah kerana enggan mengikut telunjuk mereka, mereka mencari negara baru pula.

Soal ISA adalah soal undang-undang di Negara Malaysia, soal kerajaan Malaysia dan ISA bukan baru hari ini dikuatkuasakan, sudah berabad dan kenapa pula Amerika harus mempersoalkan undang-undang ini. Apa “locus standi” mereka untuk campur tangan sedangkan kita ada peruntukan undang-undang, mahkamah dan semua yang berkaitan dengan seluruh sistem Negara ini. Dan paling penting Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang memerintah berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi berparlimen.

Tindakan Amerika Syarikat yang memanggil Duta Malaysia ke Washington bagi membantah operasi penangkapan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan akhbar dilihat sebagai salah satu lagi bentuk campur tangan Negara asing serta mencabul kedaulatan undang-undang negara ini dan sekali gus membuktikan bahawa Amerika Syarikat telah melihat undang-undang Negara ini daripada kaca mata yang salah.

Apa alasan Amerika Syarikat untuk menjadi biadab dengan mencampuri urusan Negara ini? Apakah Amerika mempunyai keyakinan tinggi kononnya penangkapan tersebut mahu menggagalkan usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan dan ISA dijadikan alat menakutkan pemimpin dan rakyat secara keseluruhannya.

Penangkapan tersebut tidak ada kena mengena dengan Pakatan rakyat yang kononnya sedang berkira-kira untuk menubuhkan kerajaan baru dan kegilaan mereka dengan menghantar beberapa wakil ke Taiwan bagi membujuk beberapa orang Ahli Parlimen BN sebagai satu tindakan terdesak dan bolah juga diumpamakan sebagai `bapa-bapa ayam’ moden dalam institusi politik Malaysia.

Kita dan Amerika Syarikat juga harus rasional bahawa tindakan menangkap di bawah Akta ISA tidak ada kena mengena dengan apa yang dikatakan bakal berlaku pada 16 September ini. Soal politik tetap kekal sebagai persoalan politik tetapi soal keselamatan, semua peringkat warganegara tidak boleh berkompromi dan kita kena percaya bahawa pihak polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat keterlibatan mereka.

Persoalan berkaitan, apa hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat? Apa kaitan pula polis dunia ini dengan Anwar apabila Amerika Syarikat telah memanggil dua kali Duta kita, yang mana pertama kali dipanggil apabila melibatkan kes liwat dengan Saiful Bahri hingga Anwar tidak cukup langkah lari bersembunyi di Kedutaan Turki dan ini kali kedua apabila tangkapan ISA di buat kepada tiga orang Warganegara Malaysia.

Amerika Syarikat tidak seharusnya membantah ataupun cuba campur tangan dalam sistem perundangan Negara dan sepatutnya menyerahkan kepada kebijaksanaan Kerajaan Malaysia dan pihak keselamatan kerana hanya Malaysia tahu apa yang berlaku dan apa yang akan cuba dilakukan oleh rakyat Negara ini. Sekiranya Amerika mengambil kira tohmahan daripada beberapa pemimpin politik pembangkang dan menuduh kerajaan Malaysia berat sebelah atau apa sahaja daripada agen-agen mereka yang ada di sini, ternyata Amerika Syarikat mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.

Sepatutnya juga Amerika Syarikat mengambil kira secara serius kecaman yang dibuat oleh Menteri Luar, Dato Dr Rais Yatim bahawa Amerika Syarikat sudah terlalu banyak campur dalam urusan pentadbiran dan hal ehwal serta undang-undang Negara ini tetapi kesombongan dan keangkuhan Amerika terus ketara dan seakan tidak mahu mendengar pandangan kerajaan apabila mereka terus mengecam tangkapan ISA baru-baru ini.

Amerika Syarikat perlu tahu dan diberitahu kerana sikapnya yang suka menjaga tepi kain Negara lain bahawa penangkapan di bawah Akta ISA terhadap penulis ataupun orang politik bukan kerana Malaysia berada dalam krisis nasional, salah laku urus tadbir politik Negara ataupun ketidakstabilan politik dalam Negara tetapi penangkapan tersebut wajar dilakukan kerana mereka disyaki terlibat dalam isu yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan kemudaratan kepada ketenteraman awam.

Amerika tidak perlu untuk menjadi jaguh ataupun Tuhan di Asia dan warganegara Malaysia juga tidak perlu untuk menjadi agen ataupun sekutu Barat kerana tindakan mereka tersebut bakal mendedahkan Negara ke dalam situasi yang membimbangkan sekiranya Amerika Syarikat terus dibenarkan berlaku biadab terhadap Negara ini.

Sebagai rakyat yang cintakan Negara dan mahu menjaga Negara ini daripada dijajah semula minda mereka oleh barat yang selama ini tidak senang dengan kestabilan politik Negara serta perpaduan kaum, kita harus bangkit untuk membantah campur tangan asing terutama daripada Amerika Syarikat dan kita juga tidak sepatutnya menjadi alat kepada pemimpin tertentu untuk turut sama menyokong tindakan barat ini.

Kita juga seharusnya mengambil contoh Negara-negara luar yang mana bila AS campur tangan telah menjadikan Negara tersebut berada di bawah telunjuk mereka, Negara ini menuju kepada kehancuran bukan sahaja Negara tetapi moral rakyatnya dan lebih malang lagi apabila ada Negara yang berpayung secara langsung, mereka hanya menjadi pak turut kepada Negara kuasa besar dunia ini.

Membenarkan AS terus dengan impian mereka, kita seperti membenarkan mereka ini mencabul kedaulatan Negara ini dan sekiranya kita begitu taasub menjangkakan bahawa hanya AS sahaja yang mampu merubah iklim politik Negara, yakinlah kita bakal mengkhianati kepada agama, bangsa dan Negara kita.

sumber-Malaysia hariini



Timbalan Pengerusi DAP Pernah Bangkitkan Isu Azan

Apakah PAS terlupa bahawa DAP pernah membangkitkan isu azan? Dr Siti Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat, Ahli Parlimen Kota Raja) telah membuat laporan polis berhubung isu azan di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi, 11 September 2008. Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir Toyo mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Berikut adalah surat berkenaan petisyen azan di Masjid Bandar Kinrara, Seksyen 5, Puchong. Seramai 186 orang menandatangi petisyen ini mengadu tentang pembesar suara di masjid terbabit. "Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam." ujar Steven Ee (wakil penduduk yang menulis surat bantahan) kepada Malaysiakini. Apakah masjid tersebut menggunakan pembesar suara yang berlainan untuk azan Subuh dan bacaan ayat Al-Quran sebelum Subuh?
Baca ulasan Tan Seng Giaw berkenaan azan blognya.

"Today (25 October, 2005) while debating the budgetary allocation for the Prime Minister's Department such as RM225,905,000 for Jakim, I asked the department to interpret azan which arises from a revelation through a dream. Azan is from al-i'lam (announcement) or an-nida (call). I hope Jakim will interpret the term as it appears in the Koran such as Surah IX Repentence,3; Surah XXII The Pilgrimage,27; Surah V The Table Spread, 58; Surah XVIII The Children of Israel, 110 and The Story of Bukhari and Muslim.

Surah IX Repentence, 3: "And a proclamation from Allah and His messenger to all men on the day of the Greater Pilgrimage.....". Surah XXII, The Pilgrimage, 27: "And proclaim unto mankind the Pilgrimage....." Surah V, The Table Spread, 58:" And when ye call for prayer....." Surah XVIII, The Children of Israel, 110: Say (unto mankind): Cry unto Allah, or cry unto the Beneficent, unto whichsoever ye cry (it is the same). His are the most beautiful names. And thou (Muhammad), be not loud voiced in thy worship nor yet silence therein, but follow a way between."

Dewan Pemuda PAS pernah mengecam DAP berkenaan dengan isu azan dalam satu artikel yang ditulis oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dalam Harakahdaily pada 17 April 2007. Beliau kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini. Tan Seng Giaw juga pernah memprotes tulisan jawi pada papan tanda nama jalan bersama dengan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.

Tan Seng Giaw pernah membangkitkan isu azan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007. Apakah ini sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC)?. Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan? Apa pandangan orang orang PAS ? Sama pendirian dengan Dr Mariah atau mengikut pandangan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

MyMassa.com
Your name:
Your email:
Subject:
Comment Text:



5 / 5 (1 Votes)
 
 

HOME | Conditions of Use | Privacy Policy | Contact us | 2003-2008 All rights reserved.