Jimadie Shah Othman | Sep 16, 08 4:49pm
analisis Gara-gara projek pembentukan kerajaan baru pada 16 September seperti diura-urakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula yang terpaksa bertelagah sesama sendiri khususnya antara Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.
Susulan sikap kritikal Mustafa terhadap projek Anwar dalam wawancaranya dengan Harakah dan Utusan Malaysia minggu lalu, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya parti itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul serupa dengan nada presiden Umno".
Dalam kenyataannya sebagai reaksi terhadap pandangan Mustafa, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya" dengan membandingkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menganggap tersilap memilih penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tokoh besar PAS itu turut membayangkan Mustafa kemungkinan akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno.
Bagaimanapun beberapa bahagian panas kenyataan panjang Nik Aziz ini, yang dikirimkan kepada Harakah, tidak dimuatkan dalam akhbar rasmi parti itu dalam edisi terbarunya.
Tidak cukup dengan serangan itu, Nik Aziz mengulangi kritikannya kepada Mustafa dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS di Gombak, Ahad lepas, dua hari selepas kenyataan kontroversi itu diterbitkan.
Dihubungi Malaysiakini semalam, pesuruhjaya itu enggan mengulas kenyataan Nik Aziz.
Mustafa dalam kedua-dua akhbar itu berpendapat perubahan kerajaan yang cuba diusahakan Anwar hari ini "tidak mungkin berlaku" dengan dua alasan.
Pertama, pada tarikh itu, Dewan Rakyat tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa walaupun majoriti ahli parlimen menyebelahi Pakatan Rakyat.
Beliau juga dilaporkan berkata, secara politiknya, tidak pernah berlaku wakil rakyat kerajaan melompat parti untuk menyertai pembangkang.
Beberapa jam sebelum serangan sinis Nik Aziz kelmarin, seorang wartawan Harakah terpaksa menarik balik kenyataan penuh menteri besar Kelantan itu daripada blognya atas arahan ketua pengarang eksekutif akhbar itu Ahmad Lutfi Othman (foto kanan).
"Beberapa alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.
"Malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberapa sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut dengan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat," catat Wan Nordin Wan Yaakob di blognya Politik Suku Sakat (wannordinwanyaakob.blogspot.com).
Tambahnya, seorang lagi wartawan akhbar rasmi PAS itu "turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) itu katanya (pemimpin itu) melampau."
"Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan ideologi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan 'Politik Suku Sakat', akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka," kata wartawan itu lagi.
Wan Nordin, yang menulis berita 'Mursyidul am mahu Pakatan Rakyat diperkukuh: Mustafa ditegur', bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang mengganggu beliau dan wartawan wanita itu.
Usaha Malaysiakini menghubunginya hari ini gagal.
Dalam kenyataan yang sama, kini beredar lebih meluas dalam kalangan penyokong PAS yang pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat, Nik Aziz turut melahirkan kebimbangannya apabila Harakah sendiri terlibat menyiarkan pandangan Mustafa yang meragui usaha menumbangkan kerajaan BN gaya Anwar itu.
"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Harakah boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu (Mustafa) yang merupakan pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar," kata Nik Aziz.
"Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat.
"Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej Harakah. Pada logiknya, pembaca Harakah akan berkurangan.
"Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini."
Bagaimanapun ada pihak yang menganggap kenyataan mursyidul am PAS dikarang oleh "kumpulan Erdogan", pemimpin-pemimpin muda beraliran moderat yang dikatakan diketuai oleh naib presiden PAS Datuk Husam Musa - beliau bagaimanapun menafikannya.
"Saya tidak percaya (kenyataan) itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Aziz ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau.
"Nik Aziz yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka, lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS," kata blog Anti Husam, yang pertama kali memperkenalkan ungkapan "kumpulan Erdogan", bersempena perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"Saya percaya Husam dan/atau kumpulan Erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut... sama ada disedari oleh Nik Aziz ataupun tidak.
"Mana mungkin Nik Aziz menyebut perkataan 'standing ovation' (tepukan hormat sambil berdiri) dalam kenyataannya.
"Lebih-lebih lagi fakta yang kononnya muktamar memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat secara standing ovation tidak tepat sama sekali."
Pertembungan kali ini mengesahkan wujudnya dua puak, atau setidak-tidaknya dua aliran, dalam PAS yang saling berbeza pandangan berhubung isu pertukaran kerajaan pada 16 September, muqabalah dengan Umno dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Namun, kenyataan senada dengan Mustafa itu bukan pertama kali dikeluarkan oleh pemimpin atasan parti itu.
Naib presidennya Mohamad Sabu baru-baru ini pernah menyatakan keraguannya pada projek Anwar tersebut.
Bagaimanapun, oleh kerana beliau dilihat tidak cenderung kepada kumpulan tertentu, pandangan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu tidak menimbulkan pertikaian besar seperti Mustafa.
Lagipun, Mohamad dikatakan pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan tidak selesa dengan rundingan PAS-Umno.
Berbeza dengan Mustafa yang dilihat sebagai seorang arkitek dalam projek muqabalah dengan sokongan penuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - kedua-duanya tokoh berpengaruh dari Terengganu.
Dua aliran ini turut mempengaruhi beberapa pihak lagi dalam PAS. Badan perhubungan PAS Johor menyokong Mustafa, sementara Kelab Penyokong PAS menyebelahi Nik Aziz.
Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang mulai ketara menjelang dan sewaktu muktamar ke-54 di Ipoh?
sumber- Malaysiakini.com
- Berikut merupakan sebuah artikel daripada laman web pro-PAS yang anti liberal
Husam Tidak Ada Adab Berjamaah
* Komen ini dihantar oleh seseorang yang menggelarkan dirinya ilovetgnatghh. Saya letakkan disini untuk tatapan pembaca.
(izinkanlah tulisan ini diletak di muka depan blog anda. Ia membantu demi cinta pada Islam)
Dalam seribu pimpinan utama pas, saya salah seorang daripadanya. Saya tulis bukan suka - suka atau suka pada blog ini. Saya bukan berani, maka saya tumpang blog jenis ini. Saya hanya ada maklumat, tapi saya tak mampu berbuat apa - apa sebab saya takut saya dituduh jahat. Ambil maklumat saya dan simpan sebagai maklumat yang pembaca akan memahaminya nanti. Tak perlu percaya lagi, sebab saudara kena berusaha sendiri cari bukti. Saya tunjukkan jalan..
Saya cinta Islam dan saya cinta pas.
1. Husam banyak masalah dikelantan. walaupun dia disukai ramai bawahan kerana kebolehannya, dia tidak disukai pimpinan pas kelantan. dia jenis tak jaga adab jamaah dan parti. Orang pas mesti tahu bahwa jaga jamaah terlalu penting demi perpaduan.
TMB kelantan yang wara tu tak suka sangat2 pada husam. begitu nik amar, takiyudin, mohamad iraqi, nasrudin daud, dato halim, dato omar dan lain2. Pembaca boleh kata mereka dengki, tapi cuba fikirlah, takkan semua dengki pada husam. Takkan ketua ulama pusat pun ada dengki. Mudah, tanya mereka senbdiri lah.. nik abduh dikenal anti husam disana, tapi tak lah macam antihusamblogspot ni yang agak provokasi juga kadang2.
Hanya tgna yang masih sayang husam. sebab, tak ada siapa nak sebut buruk husam padanya. kalau ada pun, tgna payah percaya sebab husam banyak bantu beliau smpai tak nampak buruk lakunya dalam pas kelantan.
Husam selepas pilihanraya 12 tidak lagi berkuasa besar sebab barisan calon dan exco baru bukan caturannya.ramai tahu dan ketawa saja dgn kerenah husam.tgna tak ambil pandangannya. dia kecewa perancangan politikya gagal besar. Keinginannya menjadi mb nampak semakin sukar.
2.kini husam buat masalah dipusat pula lps tunjuk perangai dikelantan sana. isu sama. dia bukan jenis jaga adab jamaah. dia boleh tinggal tghh dan buat apa dia suka macam dia tinggal tmb kelantan dan campur urusan exco2 lain.
husam hanya sayang tgna.tak percaya tanya dialah.tapi, dia cukup panas pada tgna bila tgna tak ambil pilihannya dalam dan lps pilihanraya dulu. biasalah, sayang duniawi lebih berbanding alkhirat.
antara kelebihan husam ialah dia lantik dirinya jadi bendahari pas kelantan tak rasmi. dato anuar tan kata pas kelantan tak ada duit banyak. tapi semua orang tahu husam banyak duit berjuta juta.ini salah dalam jamaah islam. tgna aziz tak ambil tahu perihal wang.husam guna kekerangan ini untuk jadi raja duit. ingat, semua tahu dia jaga hatta ramli,bendahari pusat,sebab itu hatta terikut ikut budaya husam. sayang ya,dr pun kena kalah pada husam kerana duit..
3. krisis sekarang adalah kerana tghh tak macam tgna yang tak nampak bahaya husam.tghh nampak kelibt husam yang dah buat buruk di pas pusat. husam gagal tipu dan perguna tghh. mungkin tghh dah ada maklumat tentang husam yang buat perangai dklantan.
Husam tak hormat ulama. dia terlalu perasan lebih tahu politik, bahkan hukum siasah syariyah.
4.krisis hari ini berkait muqabalah bukanlah baru. ini hanyalah cerita kemuncak kecamuk dipusat.betul, tghh tidak dihormati oleh husam n puaknya lagi. semua ni bawaan budaya husam dikelantan. syed azman pun dah jadi tolol ta hormt pada tghh lagi.hatta,mahfuz dan khalid dah mula terikut2 budaya karut ini. dr zul orang cerdik jim pun nampak tunjuk muka hero juga. jangan mujahid dan saari sungib buat perangai mereka nih. kenalilah husam pada pandangan ulama. ulama bila ramai, mereka jarang silap tekaan.
alhamdulillah, tghh faham dan tak percaya husamdan idea2 gilanya untuk tentukan masa depan pas.husam cucuk tgna denagn idea runtuhkan BN cara dsai. tghh lebih faham demi islam bhw anwar perlu dikawal.tidakkah semua setuju anwar itu politikal animal? salahkah tghh letak syarat demi islam lebih terjamin?
perhatikan solan saya dengan betul;
1. Bila tgna aziz jarang ke pusat krn faktor kesihatan, boleh kah dia dapat gambaran sebenar lebih baik dr tghh yang sentiasa pengerusi mesyuarat pusat?
2. Salahkah tanggapan bahawa husamlah yag cucuk tgna denagnmaklumat bohong dan palsu. satu, orang kelantan percaya begitu.dua, tgna dah tunjuk benci pada org yang dibenci husam. hari ini, dato pa kena hentam teruk. semua terkejut.semua terkejut.semua terkejut ia datang dr mulut tok guru (jk benar anuar bakri ambil dr lidah tok guru dan salinnya dalan tulisan biasnya itu.anuar mmg dikenali org kuat husam mcm kickdepelala). Bolehkah anda bayangkan tgna macam anggap dato pa mcm dah kena cucuk umno? iilah mainan husam dan puaknya yang
3.Jk kita mahu dap faham islam, tidakkah kita juga kena faham dap pun mahu kita faham dan ikut cara mereka? Jika kita nampak umno itu munafik bahaya, tidakkah kita diajar juga kafir juga bahaya? dap lebih lantang anti islamnya berbanding mca dulu. mengapa tiba2 kita mcm yakin dap tak bahaya?
Salahkah tghh sebagai presiden minta kita hati2 dlm menentukan strategi PR? Kita mahu islam dlm kerajaan baru dibuka jalan. Dap mahu jln cara mereka dibuka. dsai ditengah2.anda yakin dsai akan dengar pas sdg dalam PKR, non muslim selantang dap mengelilingi dsai? anda yakin dsai tak tipu sdg dia politikal animal? dsai
4. mengapa husam canggah tghh dlm harakah yang minta jumlah ahli parlimen islm mesti majoriti sbgai pengimbang dan pembantu jk dsai terseleweng dlm kerajaan baru? Yakinkah husam pada yang tak pasti lagi bhw ahli umno akan lompat scra automatik lps tubuh kerajaan baru? tghh minta barang pasti untuk islam sdg husam hanya meneka dan meletak islam dlm sebut harga dan tender terbuka? Siapa lbh menjaga islam? otak ulama atau otak husam?
5. Pulau pinang hr ini adalah singapura kita dulu. Ia adalah ngeri cina dlm hukum politik. gerakan,mca umno tahu tiada lagi harapan untuk ambil alih. bahkan gerakan pun tak kisah. Ingat, pelabur cina
6. guan eng baik. dia mahu tunjuk adil itu tak mesti dengan islam. dia mahu tunjuk bhw tanpa islam pun dia boleh jadi mcm omar abdul aziz. dia baik dan mahu ahli pas terima dap dan cita2 tetap negara sekularnya. kita bertembung dengan dap dlm mencacak senario politik baru dimlaysia. non muslim guna anwar sesevbenarnya. Adakah PAs yakin boleh guna dsai dengan mudah?
7. masa muqabalah dulu, husam kata tim presiden, dato pa gila kuasa untuk join bn. Tp semua meleset sbb confirm oleh syura bhw join BN adalah NO! Muqabalah hanya saluran dakwah. Penuh nas dan hujah.Sekarang husam n geng jajat negeri sebut jwtan pas sebagai menteri itu ini dlm kerajaan PR. Siapa gila kuasa??? Siapa presiden PAS? TGHH atau husam?
salahudin pemuda jenis betul bentul.nik abduh sekali panas sekali sejuk..
Saya mahu sudahkan di sini. pembaca boleh menilai bahawa krisis sedang berlaku. Hanya kefahaman dan kemampuan menghukum akan menyelanmatkan pas. Saya hanya ingin berpesan sebagai seorang muslim. tgna dan tghh akan mati tak lama lagi. yang tinggal tak matia dalah pas. pas untuk dipimpin org macam tghh atau mcm husam di masa depan? JANGAN TINGGALKAN LEGASI GILA UNTUK ANAK ANAK DI HARI DEPAN. BERSAMA SELAMATKAN PAS.
















