“Malaysia is in undated with accusations and counter accusations. Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister to Prime Minister Mahathir, claimed he could form a government by September, and that the charge of sodomy against him was baseless and intended to block his bid to form the next government. However Anwar has refused to give the police his DNA which could prove innocence. Instead he made counter-accusations against Deputy Prime Minister Najib Razak. Malaysians are confused and do not know what to believe.” ucapan Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) sempena Kemerdekaan ke-43 Singapura pada 13 Ogos 2008 di Tanjong Pagar, Community Club.
(Gambar: Anwar Ibrahim berucap di satu persidangan yang dianjurkan oleh Foreign Correspondents Association of Singapore pada 5 Mac 2008. Anwar berada di Singapura, 3 hari sebelum hari pengundian pilihan raya umum yang ke-12 iaitu pada 8 Mac 2008. Untuk tahu lebih lanjut apa itu FCA Singapore sila klik). Lee Kuan Yew baru menyambut hari kelahirannya yang ke-85 pada 16 September 2008. Kuan Yew menyatakan bahawa Anwar menjadikan kes sodomi sebagai alasan penghalang 16 September. Kini, Anwar salahkan ISA pula sebagai penyebab tidak jadinya 16 September. Mana satu yang betul? Kuan Yew menyatakan bahawa rakyat Malaysia sudah “confused and do not know what to believe”. Kenapa rakyat Malaysia menjadi bahan tawaan Lee Kuan Yew?. Siapakah majoriti rakyat Malaysia yang keliru tersebut? Apabila Anwar Ibrahim gagal membentuk kerajaan baru pada 16 September kerana kegagalan ahli ahli parlimen BN melompat parti, Anwar membuat tuduhan baru bahawa kegagalan itu adalah disebabkan ISA. Sekali lagi Anwar divert kegagalannya pada tempat yang lain. Dia juga yang tidak bersalah dan betul.
Dengan menyalahkan ISA sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak mengikut keadilan dalam Islam, ramai yang terlupa "perkara asas" mengapa Raja Petra, Teresa Kok dan Syed Azidi (Kickdefella) ditahan. Hina Nabi, tulisan jawi, isu azan dan memperlahankan speaker masjid, Jais dan kempen menterbalikkan bendera Malaysia. Apakah perkara perkara ini tidak sensitif bagi orang Islam? Tidak kira parti PAS, PKR atau UMNO, jika hatinya masih lagi tidak berasa apa-apa kalau perkara tersebut dipertikaikan, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dalam hatinya. Apakah zalim kalau menahan untuk siasatan (belum lagi dipenjarakan) seseorang yang menghina Nabi, mengecam tulisan jawi, meminta speaker masjid diperlahankan dan kempen menterbalikan bendera Malaysia? Ketiga-tiganya tidak dikasari ketika ditahan. Teresa Kok dan Raja Petra dikunjungi sendiri oleh SUHAKAM sebagai badan pemantau hak asasi di Malaysia. Malah Teresa Kok dibenarkan untuk bertemu dengan ibu bapanya semasa dalam tahanan ISA. Diberikan pula ubat herba dan pati ayam oleh keluarganya. Apakah ini tidak dianggap sebagai keadilan? Adakah adil kalau membuat tuduhan zalim dan kejam yang akhirnya akan mengelirukan rakyat?
(Gambar: Muka Hadapan, The Straits Times, 27 Mei 1987. Operasi Spectrum di Singapura menahan "Marxist Conspiracy". Antara yang paling awal ditahan ialah Said Zahari). Singapura pun ada undang-undang ISA. Pada 1966, Chia Thye Poh (Ahli Barisan Sosialis) ditahan selama 32 tahun menggunakan ISA. Chia Thye Poh menghabiskan sembilan tahun terakhirnya dalam tahanan rumah termasuklah pengurungan di Pulau Sentosa. Pada tahun 1987, ketika Operasi Lalang di Malaysia, di Singapura pula ada Operasi Spectrum. Seramai 22 orang daripada Gereja Roman Katholic dan aktivis sosial ditahan di bawah ISA. Mereka disyaki menjadi ahli kumpulan Marxist yang berusaha untuk membentuk kerajaan Marxist di Singapura.
(Gambar: Muka Hadapan, The Straits Times, 21 Jun, 1987. Menyatakan kerajaan Singapura melepaskan 4 orang tahanan ISA dan menahan 6 orang lagi di bawah ISA dalam plot "Marxist Conspiracy"). Pada Disember 2001, lima belas orang disyaki ahli militan Jemaah Islamiyah (JI) ditahan di bawah ISA kerana dipercayai terlibat dalam plot untuk menyerang kedutaan Singapura. Sepanjang Ogos dan September tahun 2002, 21 orang lagi disyaki militan Jemaah Islamiyah (JI) ditahan di Singapura. ISA digunakan oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebagai langkah pre emptive untuk mengekalkan keselamatan negaranya. Bush pernah menyelar Malaysia gunakan ISA sebagai tidak wajar. Apakah Bush terlupa bahawa Singapura dan Britain juga ada ISA?
Mungkin ada antara kita yang seronok melihat pemimpin negara jiran menyindir rakyat Malaysia berada dalam keadaan keliru dan tidak tahu mana satu yang hendak dipercayai. Sedang orang lain sibuk memaju dan membangunkan ekonomi negara mereka. Kebanyakan rakyat kita sedang berseronok menari dan berjoget mengikut irama gendang yang dipalu oleh Anwar Ibrahim. Baru terdengar guruh di langit, air tempayan sudah dituang tuangkan. Hujan tak tiba tiba juga. Salahkan guruh, awan, langit dan tempayan kerana hujan yang dicanang tidak turun.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)















