|
Habuan seks seperti sedekah - Fatwa baru PKR ?
Habuan seks seperti sedekah - Fatwa baru PKR ? |
Penulis amat terkejut dan bersedih dengan kenyataan Ahli Pakatan Rakyat yang terlibat dalam kes tuduhan rasuah bersama 2 Exco Kerajaan Negeri Perak, petikan kenyataan ahli/pengikut Pakatan Rakyat tersebut adalah seperti berikut:
“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar Fairul Azrim Ismail.
“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Fairul Azrim Ismail
Hebat sungguh pengikut MB Nizar dalam pakatan rakyat, tinggi sungguh ilmu agama beliau sehinggakan disamakan habuan seks dengan sedekah. Benarlah segala dakwaan selama ini bahawa pengikut PR di zaman MB Nizar gemar mengeluarkan dalil yang meragukan. Agama dijadikan umpama jubah, bila perlu digunakan dan apabila tak perlu digantung. Dalam kes ini jelaslah apabila melakukan kemungkaran tidak pula teringat akan hukum Allah, tetapi bila dah terkena, maka keluarlah segala dalil-dalil pelik untuk mewajarkan dan menghalalkan perlakuan sumbang yang dilakukan.
Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah, wae'ma dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah. Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks. Heran, sungguh heran, kalau dah tido atas dada amoi cina pun dengan rela dan suka sama suka, takkan itupun dituduh konspirasi?
Dimanakah Daulah Islamiah yang diperjuangkan selama ini? Takkan dengan segala Usrah dan Tazkirah yang dijalankan oleh MB Nizar di serata Perak masih tidak dapat mengubah sikap pengikut sendiri?
Yang pasti pengikut Pakatan Rakyat di Zaman pemerintahan MB Nizar - Habuan seks disamakan dengan sedekah. Kan dah kata, sudah-sudahlah tido tuu..... MB Nizar.
* Kenyataan di ambil dari media arus perdana, kalau terdapat kesilapan fakta sila rujuk atau saman media arus perdana, lagipun sekarang dah dekat Raya, kalau menang dapatlah duit raya sikit, kalau kalah sendiri mau ingat. Kalau senyap tuuu... kira betullah kot dakwaan yang diterbitkan dalam media arus perdana ini.
Sudahlah MB Nizar, bangunlah, cukup-cukuplah tido tuu...
*********************************************************************************
IPOH: Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disarankan supaya bertaubat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau juga meminta ulama khususnya daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.
"Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan," katanya.
Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.
Zainol Fadzi, yang juga Ketua Pemuda Umno Perak, berkata pengakuan seorang lagi anggota PKR, Fairul Azrim Ismail, 30, bahawa dia (Fairul Azrim) telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China juga membuktikan amalan rasuah telah berlaku dalam sebuah kerajaan (Pakatan Rakyat Perak) yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan.
"Malah kepada Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anakanak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam," katanya.
Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangun di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu.
Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua Exco Perak dari PKR, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Adun Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, kini menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.
PKR Perak dijadual mengadakan satu sidang akhbar berhubung kontroversi kenyataan Zul dan pengakuan Fairul Azrim itu di sini pada 10 pagi esok.
sumber - mstar.online
MyMassa.com
| |
| |
|