Wajarkah Pas kita sokong?
Wajarkah Pas kita sokong?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang...

Niat Licik Disebalik...
Niat Licik Disebalik...

Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai...

Alhamdulillah! Wahid...
Alhamdulillah! Wahid...

YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih...

Sambil yahudi...
Sambil yahudi...

Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary...

Sambil yahudi...
Sambil yahudi...

Anwar tidak gembira dengan monopoli dan kedudukan...

REVOLUSI 1699....
REVOLUSI 1699....

anak muda itu tunduk malu tidak mengangkat...

Anwar Ibrahim; Kepala...
Anwar Ibrahim; Kepala...

Tapi bagaimanakah pemimpin Islam dan berakhlak...

GEMPAR!!! VIDEO ANWAR...
GEMPAR!!! VIDEO ANWAR...

Tidak ada jalan lain bagi Anwar Ibrahim untuk...

Bangsa Pemakan Babi...
Bangsa Pemakan Babi...

Tindakan menggantung kepala babi selain...

Ahli Parlimen PAS...
Ahli Parlimen PAS...

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen...


WebSite  
 
Thu, 09 Oct 2008 19:28:00
 


Anwar Ibrahim dan Yahudi

Anwar Ibrahim dan Yahudi

 



Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong


Oleh : Bruce Einhorn


Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sekarang merupakan tokoh pembangkang hebat, telah berada di Hong Kong semalam untuk memberikan ucapan dalam satu persidangan pelabur CLSA.

Selama bertahun-tahun, Anwar merupakan seorang yang amat setia kepada Mahathir Mohamad (terkenal dengan nama buruk kerana menyalahkan golongan Yahudi di atas kemelesetan Malaysia semasa krisis kewangan pada akhir 90-an). Kemudian beliau dan Dr. M berkelahi secara terbuka dan Anwar dihantar ke penjara selama beberapa tahun sebelum mahkamah tinggi negara mengarahkan beliau dibebaskan.

Berbalik soal politik selepas memenangi satu pilihan raya kecil bulan lepas, sekarang Anwar telah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang menyokong perubahan dalam penyatuan dan bukannya perpecahan.

“Saya selalu dipanggil sebagai "agen Yahudi" atau "agen Amerika", tetapi saya fikir semua itu telah berlalu,” keta beliau kepada hadirin CLSA, menurut seseorang yang turut sama hadir.

Dengan penuh harapan, beliau menambah “Kami sekarang bergerak ke arah zaman pluralistik, dunia kepelbagaian budaya. Pergerakan ini menyebabkan saya menjadi seorang yang optimis.”

(Nota : Istilah pluralistik sering digunakan oleh kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang dipopularkan oleh Prof Dr Nurcholish Madjid pengasas Yayasan Paramadina Indonesia. Yayasan itu ditaja oleh badan penaja Amerika iaitu Ford Foundation dan The Asia Foundation untuk mewujudkan masyarakat Islam Indonesia yang sama rata dari segi agama - pluralisme agama. Maklumat lanjut klik artikel 1 dan artikel 2)


Jadi, untuk mengambilkira formula terdahulu, (dituduh agen Yahudi), adakah Anwar Ibrahim baik dari kacamata Yahudi ?. Mungkin.. (nota : walaupun penulis artikel ini tahu jawapannya, tetapi dia meninggalkan persoalan dengan perkataan "mungkin")

Tetapi Anwar merupakan seorang ahli politik yang tahu untuk menyampaikan mesejnya kepada pendengarnya, memberitahu golongan Barat tentang sesuatu (yang lain) dan kepada rakyat Malaysia perkara yang lain pula.

Satu contoh yang ringkas : Saya pernah menemuramahnya di bilik istirahatnya di Kuala Lumpur 10 tahun lepas, sebaik sahaja beliau bergaduh dengan Dr. M. Dengan wakil media berada di sekelilingnya, Anwar duduk bersama saya dan beberapa wartawan asing yang lain dan merungut bahawa kerajaan menggunakan taktik Gestapo terhadapnya.(Nota : Gestapo merujuk kepada polis rahsia Jerman yang kejam semasa Nazi - Masyarakat Barat terutamanya Amerika dan Yahudi benci kepada kekejaman Nazi khususnya pembunuhan beramai-ramai Yahudi di Jerman - 'holocoust')

Pada hari berikutnya, beliau bercakap dalam satu perhimpunan awam (majoriti Melayu)dan merungut dengan cara yang sama tentang penindasan yang dihadapinya. Kecuali pada kali ini, beliau menyatakan kerajaan sedang menggunakan taktik Mossad terhadapnya. (Nota : Mossad merujuk kepada polis rahsia Israel yang terkenal melakukan tindakan kotor ke atas dunia Islam khususnya di Palestin - Masyarakat Melayu beragama Islam benci kepada kekejaman Israel)

Lucu, bagaimana ungkapan berubah apabila beliau sedang bercakap dengan masyarakat tempatan dan bukan wartawan Barat.


Nota : Artikel terjemahan AIDC tulisan Bruce Einhorn dari BusinessWeek, 25 September. Tajuk asal artikel tersebut adalah, "Malaysia's Anwar Ibrahim meets investors in Hong Kong".

Bruce Einhorn
Your name:
Your email:
Subject:
Comment Text:



5 / 5 (1 Votes)
 
 

HOME | Conditions of Use | Privacy Policy | Contact us | 2003-2008 All rights reserved.