Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal menjadi Perdana Menteri tak perlu melatah dengan tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar yang mencabar agar membubarkan Parlimen.
Lupakan Pakatan Rakyat yang hanya pandai beretorik tapi sebenarnya habuk pun tarak.
Itu adalah satu tindakan orang yang terdesak bila mana pada realitinya mereka mengetahui Anwar Ibrahim hanya bercakap kosong sekadar untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan Rakyat yang telah diperbodohkan oleh Anwar yang hanya mahu rakyat mengalihkan perhatian dari isu sebenar iaitu kes liwatnya.
Pelbagai alasan diberikan kononnya ianya tak menjadi kenyataan pada 16 September lalu kerana Pak Lah menolak surat yang dihantar oleh Pakatan Rakyat berhubung penubuhan kerajaan baru.
Kalau benar mereka mempunyai nombor yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, buat apa tunggu lagi? Ini membuktikan mereka hanya bercakap kosong dan beretorik semata-mata menyedapkan hati pengikut mereka yang ditipu macam si Tipah.
Malaysia adalah salah sebuah negara Islam. Menerajui OIC pula dan takkanlah Perdana Menteri sebuah negara Islam adalah seorang yang suka pada sesama jenis?
Mungkin PAS sudah terlupa sebab banyak sangat kelentong rakyat tapi rakyat tak lupa dengan panggilan al juburi yang mereka berikan pada Anwar Ibrahim.
Itulah yang dikatakan bila nak menipu tu, ingat-ingatlah apa yang pernah ditipu dulu sebab penipu mungkin terlupa tapi yang ditipu akan ingat sampai bila-bila.
Dulu dicanangkan 16 September 2008, lepas tu sebelum Aidil Adha, selepas ini mungkin sebelum Krismas, sebelum Tahun Baru 2009, sebelum Valentine's Day, sebelum April Fool sampailah Raja Liwat itu meninggal dunia pada tahun yang tak diketahui bila.
Parti kalah yang berlagak menang itu hanya nak menipu dan memperdayakan rakyat sedangkan mereka sebenarnya tak tahu apa pun dalam nak mentadbir negeri dan menjana pendapatan negeri.
Abaikan pemimpin Pakatan Rakyat yang gemar beretorik kosong dan menghabiskan masa menipu rakyat semata-mata.
sumber - Isuhot.com