Wajarkah Pas kita sokong?
Wajarkah Pas kita sokong?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang...

Niat Licik Disebalik...
Niat Licik Disebalik...

Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai...

Alhamdulillah! Wahid...
Alhamdulillah! Wahid...

YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih...

Sambil yahudi...
Sambil yahudi...

Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary...

Sambil yahudi...
Sambil yahudi...

Anwar tidak gembira dengan monopoli dan kedudukan...

REVOLUSI 1699....
REVOLUSI 1699....

anak muda itu tunduk malu tidak mengangkat...

Anwar Ibrahim; Kepala...
Anwar Ibrahim; Kepala...

Tapi bagaimanakah pemimpin Islam dan berakhlak...

GEMPAR!!! VIDEO ANWAR...
GEMPAR!!! VIDEO ANWAR...

Tidak ada jalan lain bagi Anwar Ibrahim untuk...

Bangsa Pemakan Babi...
Bangsa Pemakan Babi...

Tindakan menggantung kepala babi selain...

Ahli Parlimen PAS...
Ahli Parlimen PAS...

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen...


WebSite  
 
Tue, 28 Oct 2008 01:25:00
 


Selangor: Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai

Selangor: Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai

by: apatakena

SHAH ALAM: Dissatisfaction over the appointment of a non-bumiputra to helm the Selangor State Development Corporation (PKNS) as acting general manager did not stop the state from giving the post to a Chinese. 

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the appointment of a non-bumiputra was a short-term measure for one year to ensure the effective continuation of management. 

On being told that certain quarters are against the appointment of a non-bumiputra to the post, Khalid smiled and said, that “it is their view and this is mine”. 

PKNS general manager Datuk Harun Salim whose annual contract expires this Thursday will not have it extended, as he is 60. Harun retired in mid-2003 and will have to leave the government entity in compliance with the Public Services Department’s age requirement. 

Current Finance and Corporate deputy general manager Low Siew Moi, 57, will have her annual contract extended to replace Harun, as acting general manager. 

Low, who is in Australia for a holiday, received her letter on Wednesday afternoon. 

“We can’t have two top officers retire at the same time as we need an effective continuation of management. One best option is to extend Low’s service on contract basis to replace Harun,” said Khalid after he officially launched the I-City complex here. 

He added that Low would work in tandem with the PKNS board of directors to steer the state government’s business arm forward until the state could source for a bumiputra person with high calibre and ethics and someone who is committed to lead the state’s business arm.

 

KENYATAAN AKHBAR

27 OKTOBER 2008 

Perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 

SHAH ALAM - Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato’ Hj Harun Salim bersara pada hujung Oktober ini dan YAB Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi PKNS, menerima persaraan beliau. Sehubungan itu, Menteri Besar, setelah mengambil kira kepentingan semasa, bersetuju melanjutkan tarikh persaraan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Puan Low Siew Moi, selama satu tahun dan melantik beliau memangku jawatan Pengurus Besar Sementara PKNS.  

Puan Low, yang sudah 35 tahun berkhidmat di PKNS, iaitu selama 11 tahun berjawatan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, yang bertanggungjawab menerajui bahagian korporat, kewangan dan pengurusan aset, dilihat sebagai calon paling sesuai memangku secara sementara waktu jawatan terpenting di PKNS.

Dengan persaraan Dato’ Hj Harun, Menteri Besar, yang juga pernah mengetuai syarikat swasta, berpendapat persaraan serentak dua pegawai kanan tersebut tidak boleh menjamin penerusan pentadbiran yang berkesan (effective continuation of the management). Oleh sebab itu, beliau meminta Puan Low agar menangguhkan persaraan dan sebaliknya berkerjasama dengan ahli lembaga pengarah PKNS bagi menerajui urusan pentadbiran PKNS sehingga calon yang sesuai dilantik mengisi jawatan Pengurus Besar. 

Kita bersyukur kerana Puan Low, yang berpengalaman dan dedikasi, bersetuju menyatakan kesediaan beliau menjalankan tugas tersebut, dan pada masa sama lembaga pengarah PKNS berusaha mendapatkan Pengurus Besar yang berkaliber, berwibawa, beretika dan berkebolehan untuk membawa perbadanan itu ke era baharu. Dalam hal ini, Puan Low mengakui agar peneraju PKNS yang baharu mestilah seorang Bumiputera yang profesional dan mempunyai pengalaman dalam pembangunan hartanah, pembangunan semula dan disegani oleh komuniti hartanah. 

Menteri Besar juga berpendapat yang pengalaman Puan Low amat berguna bagi membantu Kerajaan Negeri melaksanakan penyusunan semula dalam operasi dan aktiviti PKNS yang bukan sahaja beraspirasi untuk menjadi antara organisasi yang terbaik di rantau ini tetapi juga dalam usahanya  memulakan projek pembangunan semula perumahan baharu (re-development of new townships) di Petaling Jaya, Kajang dan Kelang. 

Perlu ditegaskan, pencarian calon Pengurus Besar PKNS dalam kalangan pegawai kanan yang sedang berkhidmat PKNS sudahpun diusahakan. Namun, ada beberapa sebab tentang perlunya juga kita mencari calon di luar PKNS. Antara sebabnya, PKNS berkehendakan pegawai yang profesional dalam aspek hartanah, di samping mempunyai kelayakan dalam bidang pengurusan hartanah, kejuruteraan, seni bina atau jurunilai untuk mengetuai PKNS memulakan projek pembangunan semula sebagaimana dinyatakan di atas. 

Kami juga mendapati terdapat unsur “conflict of interest” dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam  anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd. 

Setelah membuat pemeriksaan terhadap rekod PKNS selama 44 tahun ini, kami amat kesal apabila mendapati pengalaman PKNS dalam usaha memartabatkan kaum Melayu dalam bidang peniagaan, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, amat tidak membanggakan. Ini disebabkan lebih 75% daripada projek yang dilaksanakan  diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak secara langsung. 

Perlu ditegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan pentadbiran secara telus dan bertanggungjawaban (transparency and accountability) dan berpendapat PKNS perlu mengubah corak pentadbiran supaya menghayati dan melaksanakan kepentingan ini. 

Kami dapati akaun yang sedia ada tidak mencerminkan gambaran yang betul tentang operasi perbadanan tersebut. Sebagai contoh, mengikut laporan akaun tahun 2007, Pengerusi PKNS mendakwa perbadanan tersebut berjaya dalam perniagaan pembagunan hartanah setelah mengaut untung sebayak RM500 juta. Namun setelah disemak,  didapati 50% keuntungan tersebut berbentuk “extra-ordinary items” (hasil pendapatan luar biasa). Berkaitan dengan pengumuman keuntungan tersebut, turut diperlihatkan keputusan yang meragukan apabila PKNS menghadiahkan RM100,000 kepada mantan Pengerusi PKNS, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebagai bonus terhadap kejayaan PKNS memperoleh “keuntungan” tersebut.  

Lebih parah lagi, kami dapati terdapat beberapa aktiviti dan keputusan perniagaan (business decision) yang dibuat bukan berdasarkan keperluan PKNS tetapi keperluan politik kerajaan yang terdahulu! Perkara ini sudahpun diakui oleh Pengurus Besar sekarang dan Puan Low bersedia bekerjasama dengan lembaga pengarah PKNS bagi mengenal pasti perkara yang dibetulkan yang sekali gus membaiki pentadbiran perbadanan itu. 

Sesungguhnya, tindakan yang radikal perlu dilakukan bagi “membersihkan” PKNS supaya ia betul-betul mencapai matlamat asal untuk memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah yang diceburi, di samping meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat terutama kalangan masyarakat Melayu yang mahu berkerja keras dan berusaha tanpa ihsan daripada mana-mana pihak. 

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Setelah menghalusi perkara ini saya membuat kesimpulan, TSKI disalah nasihat oleh orang tertentu yang ada kepentingan. Sumber tertentu menjelaskan Harun Salim memainkan peranan utama dalam isu ini.

Tan Sri Khalid tidak perlu melibatkan pakatan Rakyat bila menghadapi masalah dalam satu satu isu. Ini kerana keputusan ini adalah olehnya sendiri tanpa berunding dengan rakan Pakatan Rakyat. “(Perlu ditegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan pentadbiran secara telus dan bertanggungjawaban (transparency and accountability) dan berpendapat PKNS perlu mengubah corak pentadbiran supaya menghayati dan melaksanakan kepentingan ini.)”

Hairan dan pelik TSKI hanya mampu membuat dakwaan kosong tetapi tidak menyiasat akan penyelwengan yang disebutkan.

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tergolek lewat isu PKNS ini.

Versi Lain

MB Selangor undur ke belakang

Terima kaseh Hasbullah pit atas pemberitahuan tentang Link Drhalimah yang menayangkan kenyataan Akhbar MB selangor tentang PKNS …. seperti berikut.

untuk kesemua kenyataan, anda boleh klik di Drhalimah

Sila rujuk pada perenggan ke 3, ada benda menarik untuk di perbincangkan. Tak caya …tanya Dr Halimah sendiri. Muahahahaha …

Bukan nak tunjuk pandai, tapi sebagai kerajaan negeri, benda macam ni tidak boleh terlepas pandang. Kacau semua. yang laju jadi lembab dan yang lembab mengganggu perjalanan kerja perkara lain. Aku rajin pagi ni dan nak tulis semua perenggan tersebut, seperti ini ….

Dengan persaraan Dato’ Hj Harun. Menteri Besar yang juga pernah mengetuai syarikat swasta, berpendapatpersaraan serentak dua pegawai kanan tersebut tidak boleh menjadikan pengurusan pentadbiran berkesan (efecitve continuation of the management).Oleh sebab itu, beliau meminta puan Low agar menangguhkan persaraan dan sebaliknya bekerjasama dengan ahli lembaga pengarah PKNS bagi menerajui urusan pentadbiran PKNS sehingga calon yang sesuai di lantik mengisi jawatan pengurus besar.

Kalau di zaman UMNO dulu … diorang buat kerja jahat, slow tapi senyap. OK …kita boleh kata PR lebih telus maka semuanya nak buat kenyataan Akhbar. Ada kenyataan yang boleh selesai masalah, tapi ada juga Kenyataan yang boleh di persoalkan.

Aku nak sentuh perenggan di atas.

Tarikh pencen, 2 kayu reput di dalam PKNS ni, memang sudah ketahuan semua pihak. Even di dalam PKNS sendiri pun, semua orang dah tahu. Tapi soalnya di sini, adakah Kerajaan negeri Selangor terlepas pandang? Atau bila nak berak baru cari jamban?

Tindakan meng ‘train’ calun atau memantau siapa yang layak mengganti patutnya sudah di buat sejak awal lagi. Tunggu time … bila sampai masa tiba, diorang pencen …. TENDANG mereka dan ganti pada yang baru. Sebelum itu letak orang untuk pantau perjalanan PKNS selepas kerajaan negeri ambil alih. Apa nak takut, PKNS anak syarikat maaaaaa….. Kalau tak cukup sorang, ambil dua, tak cukup dua, ambil tiga. PKNS bayar la…

Tiada calun pengganti?

Weyyyyyy …… MB selangor hanya perlu canangkan pada EXCO …berderu orang datang untuk jadi ganti. Tapi sejauh mana MB Selangor sendiri percaya pada EXCO dan ahli pakatan rakyat yang professional? Dulu kata … Pakatan Rakyat bersedia memimpin. Takkan benda kecil ini pun jadi masalah.

MB ada setiausaha dan di kelilingi oleh EXCO serta pemimpin pemimpin parti. Beb … petik jari, tekan punat, hentak kaki … semua orang datang bantu. Tak perlu kenyataan akhbar.

Atau MB nak tunggu GUTHRIE dan PNB bagi calun mereka ke?

Melantik semula pengarah PKNS yang dah 35 tahun bersama PKNS, tidak menjamin perubahan pada PKNS. Kalau benar ‘ahso’ yang pengalaman 35 tahun ni boleh membantu, sejak dulu lagi dia bantu. Tapi yang kelentong dia di tolong dan Yang menipu dia bantu. Itu lah yang berlaku. Harta dan wang PKNS akhirnya bertabur entah ke mana. Bila dah habis … baru semua tahu.

Menjadi MB memang bukan perkara mudah. Tapi Rakyat boleh bantu. Malangnya kalau MB Sendiri pun lost control … tu lah yang masalah. Atau MB ada 20 tangan nak buat semua? Ayoyo appppaaaa !!!

EXCO kena berani sikit. Aku dengar EXCO pun ada yang takut takut nak buat kerja. Nak jaga hati MB konon. Cerita pasal berbini dua memang hebat. Semua orang boleh cerita. Atau MB sendiri keras kepala, tak mahu dengar kata EXCO.

PAda EXCO Selangor semua … belasah untuk jaga negeri, Jangan takut. Pada yang tak der telur … korang ampu je la MB tu. Angguk geleng jadi budaya sama macam UMNO. Tapi gua ada puji EXCO wanita. Nampak lembut tapi berpendirian.

Tapi pada EXCO lelaki … are u missing something nutritionally …. check with ur doctor.


SATU LAGI JAWATAN TERTINGGI UNTUK BUMIPUTRA BAKAL GUGUR

oleh aspirasi bangsa

Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

''Jika kedua-duanya bersara serentak, ia tidak boleh menjamin penerusan pentadbiran PKNS yang berkesan dan kerana itu saya telah meminta Siew Moi agar menangguhkan persaraannya dan sebaliknya bekerjasama dengan Lembaga Pengarah PKNS bagi menerajui urusan pentadbiran PKNS sehingga calon yang sesuai dilantik bagi mengisi jawatan Pengurus Besar ditemui,'' katanya pada sidang media.

Siew Moi sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS termasuk 11 tahun sebagai Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, yang bertanggungjawab ke atas bahagian korporat dan kewangan serta pengurusan aset PKNS.

Mengenai calon jawatan Pengurus Besar PKNS, Abdul Khalid tidak menolak kemungkinan calonnya adalah dari luar PKNS.

kata Aspirasi: Mungkin sudah tiada orang Melayu Selangor yang layak untuk memangku jawatan Pengurus Besar PKNS mungkin inilah kata-kata yang akan terkeluar. Untuk memangku mungkin tiada masalah tetapi, untuk mencari pengganti sebenar mestilah di kalangan Melayu Selangor. Walau bagaimanapun, apa salahnya untuk mencari orang Melayu Selangor yang sesuai dan layak untuk memangku jawatan tersebut atau seperti Datuk Harun Salim sendiri yang patut disambung perkhidmatannya kerana PKNS ditubuhkan adalah untuk kepentingan Bumiputra.

Kita mengetahui bagaimana Khalid Ibrahim sentiasa cuba melontar isu khasnya yang berbaur perkauman akhirnya mengharapkan orang Melayu memainkan sentimen perkauman dan terus mengukuhkan cengkaman PKR terhadap bukan Melayu ini boleh dilihat beberapa isu yang dimainkan oleh beliau seperti isu babi dan isu UITM. Tindakannya jelas supaya secara konsisten UMNO dilihat sebagai anti atau tidak adil kepada bukan Melayu. Nampaknya Khalid Ibrahim sekali lagi menggunakan taktik yang sama iaitu memainkan setimen perkauman.

Sikap Khalid Ibrahim inilah sebenarnya yang akan menghapuskan hak keistimewaan Orang Melayu kerana akhirnya menimbulkan rasa kurang senang dan kurang puas hati di kalangan rakyat khasnya Melayu dan bukan Melayu demi kepentingan PKR.

MyMassa.com
Your name:
Your email:
Subject:
Comment Text:



 
 

HOME | Conditions of Use | Privacy Policy | Contact us | 2003-2008 All rights reserved.